Monday, November 15, 2010

LOVE U!!!

petikan dari saifulislam.com

Anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Languages of Love for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.Bahasa-bahasa itu ialah:
1) Sentuhan fizikal
2) Perkataan
3) Masa berkualiti
4) Hadiah
5) Khidmat bakti


Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.

Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan ‘perkataan’ apabila selalu menyebut kepada anak-anak, “ayah sayangkan kamu semua” atau “ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis”. Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.

Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.

Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.Baginda memang seorang Murabbi Cinta.

selepas membaca artikel dari ustaz hasrizal ni, ibu berfikir...apakah agaknye bahasa kasih sayang yang diperlukan luqman?..selama 3 tahun lebih ibu membesarkan luqman, ibu dapat merasakan bahasa kasih sayang luqman ialah pertama : perkataan, kedua: fizikal, ketiga: masa berkualiti. Luqman suka dipuji kebaikannya, kerajinnya, kepandaiannya dan serba serbi suka dipuji..."pandainye luqman" atau "fuyoo..terer nye ank ibu" atau "hensemnye ank ibu pakai baju warna biru".. semua tu amat disukai luqman..betulkan?.. :D.. Then, yang ke-2, barulah fizikal.. Semenjak ada adik zahra, ibu dapat rasa..ibu kurang cium pp luqman..ibu kurang peluk luqman...sedangkan, luqman suka bila ibu cium, ibu peluk apatah lagi didukung walaupun dah besar dan beratnye dh nk hampir 20kg...nak manja macam dulu..boleh...siapa kata tak boleh...
Yang ketiga, masa berkualiti...juga ibu perhatikan luqman suka orang yang rajin melayannye.. siape lagi kalau bukan nenek..nenek rajin layan luqman berbual, layan luqman melukis, membaca abc, tengok tv crite haiwan;animal planet..sangat berkualiti masa luqman bersama nenek...adakah ibu telah buat perkara yang sama.. dapat bersama hanya pada waktu malam dan hujung minggu..dapatkah ibu memenuhi t/jwab itu...ibu rasa amat bersalah sekiranye pada hari sabtu atau ahad..luqman hanya menghisap puting sambil tengok tv citer kartun yang ntah apa2 atau datang pada ibu waktu ibu sibuk memasak di dapur dan bertanyakan perkara yang pelik2.. kebosanan!!.. masa yang langsung tiada kualiti..!!.. jadi, mulai sekarang..ibu seboleh mungkin ingin membuat masa kite bersama tidak akan menimbulkan kebosanan kepada ank2 ibu... ibu tidak mahu, anak ibu berfikir yang ibu dan ayahnye seorang yang bosan, very plain dan not fun at all.. Yang mana, anak2 ibu akan rasa seronok & gembira berada dirumah tapi persoalannya ialah bagaimana ia akan berjaya dilakukan sekiranya hanya ibu yang berusaha?.. (^_^)

No comments: