Tuesday, December 23, 2008

HEPI ANNIVERSARY FOR ME & MY HUBBY!!

hari ni 23/12/08...hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke-3...semoga ALLAH sentiasa melindungi keluarga kita...semoga ALLAH akan terus melimpahkan kasih sayang dalam perhubungan ibu dan ayah...semoga ibu dan ayah akan terus 'bercinta' walaupun sehingga kulit sudah berkedut dan rambut sudah memutih...semoga ibu akan terus dipanggil 'ayang' dan ayah akan terus dipanggil 'abang' dan bukannya 'maknye-ayahnye' atau 'saya-awak' atau 'kau-aku', walaupun anak cucu sudah berderet2 nanti...dan...semoga ayah dapat tinggal bersama ibu dan luqman untuk selamanya....ameen...

petikan dari artikel di saifulislam.com....
”Ahh, penatnya kan Umi?”, saya menoleh kepada isteri. Dia hanya tersenyum.
”Kenapa?”, saya bertanya.
”Salah ke senyum?”, tanya isteri saya.
”Bukanlah salah. Tetapi lain macam pula senyumnya!”, saya ketawa.
”Dulu abang… dulu Yang. Sekarang tinggal Abi dengan Umi”, kata isteri saya.
”Okay la tu. Atau kita nak tukar kepada Maknya dan Paknya?”,
saya berseloroh.Kami ketawa.
Tetapi dalam tawa, hati tetap berkata-kata.
Masa berlalu begitu pantas. Dari hari pertunangan melangkah ke jinjang perkahwinan, Belum puas berdua bercinta, rumah diseri dengan cahaya mata. Itu rezeki dari-Nya.
Anak satu… anak dua… anak tiga… begitulah kehidupan saya dan isteri berkembang, seiring dengan peredaran masa dan pertambahan usia.
Semasa baru berumahtangga, segalanya indah. Ia suatu peningkatan dan pencapaian dalam kehidupan. Keindahan itu berubah kepada suatu keadaan baru dengan ketibaan cahaya mata kurniaan Allah. Hanya Dia yang Tahu betapa hebatnya perasaan saya dan isteri semasa mendukung anak buat kali pertama.
”Kita kini bertiga!”, saya tersenyum.
Dari dua menjadi tiga, kemudian empat dan kini lima.
Ia suatu kebahagiaan. Sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan yang melangkah ke alam perkahwinan.Namun kadang-kadang kita terlupa.
Dalam sebuah rumahtangga itu bukan hanya ada Abi dan Umi, bukan hanya ada Paknya dan Maknya. Rumahtangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.
Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam.Suami melihat isteri sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Isteri pula melihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata tumpuan kasih dan cinta mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam sebuah rumahtangga.


JEMU?
”Kenapa anta buat macam tu. Tak sayang isteri ke? Apa salah dia?”, saya bertanya kepada seorang rakan. Beliau memasang cinta kedua, di belakang isteri yang suatu ketika dahulu digila-gilakannya.”Hmm.. entahlah!”, katanya lesu.”Anta sudah tak sayangkan dia lagi ke?”, saya mencari kepastian."Tak juga. Tetapi… jemu barangkali!”, jawabnya dengan suara yang lemah.
Saya tergamam.
Alasannya senang sekali… isteri dan anak-anak yang sempurna itu tidak lagi mendatangkan bahagia, atas sebab yang mudah… JEMU.
”Hey… jemu anta kata? Habis dengan orang baru tu, anta tak akan jemu ke suatu hari nanti? Hari ini seronoklah, segala-galanya cinta. Tanggungjawab belum masuk dalam cerita”, saya panas hati.Biar pun saya terganggu dengan kisah rakan yang seorang ini, tetapi saya sendiri mengambilnya sebagai peringatan.
Bahawa di dalam sebuah rumahtangga pasangan beranak tiga, ibu bapa dan anak-anak bukanlah segalanya. Selama mana sekali pun bahtera rumahtangga belayar, suami dan isteri tetap ada.
Jangan dibiarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian yang demikian.
Hari ini, saya dan isteri mengambil cuti. Anak-anak tinggal di sekolah dan nursery hingga petang. Sepanjang hari ini, saya dan isteri keluar makan bersama, tanpa Saiful Islam, tanpa Naurah Sabihah dan tanpa Muhammad Imaduddin.Semuanya kerana, dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri, dan hari ini adalah hari untuk kami berdua..
Kerana MASIH ADA CINTA…


Tuesday, December 16, 2008

emosi vs logik

hari ni..ibu dapat 1 'ilmu'...seorang 'kawan' ibu..meluahkan kesedihan hatinya sebagai suami terhadap isterinya...yang tidak pulang ke rumah kerana merajuk hati...pada dasarnya, ibu dapat rasakan...ada 'sesuatu' yang begitu melukakan, menyedihkan atau merobek-robek hati si isteri itu sehingga menyebabkan dia tidak mahu lagi berjumpa dengan suaminya...kasih sayang dia telah bertukar menjadi kebencian yang amat sangat...tetapi, si suami tetap mengatakan TIADA APA2 yang telah dia lakukan yang boleh menyebabkan isterinya membencinya sebegitu rupa sehingga minta dilepaskan!!!....



ibu terfikir dan berfikir...betapa perkahwinan ni begitu rumit...perasaan pasangan perlu dijaga setiap masa...especially, pada perempuan,seperti ibu...mungkin pada kaum adam...sesetengah perlakuan, percakapan, perbuatan dan tingkah laku mereka adalah BIASA namun bagi kaum hawa...ianya BUKAN BIASA...ianya sesuatu yang menyakitkan...begitu melukakan hati... itu adalah fitrah...hati kaum hawa, perempuan,isteri...sangat lembut..mudah tersentuh...mudah tersinggung...mudah mengalirkan air mata...dan perasaan ini, bagi ibu sangat mendalam kesannya JIKA tidak dicari jalan penyelesaiannya...



kaum adam..lelaki...mmg fitrahnya suka ambil mudah setiap perkara...bagi mereka, untuk apa memeningkan kepala pada benda-benda remeh-temeh...adakah remeh kalau seorang suami berkata pada isteri bahawa isterinya 'barua' pada bos kerana terlalu sibuk dengan kerja di pejabat???...ataupun...adakah sesuatu yang dipandang ringan, sekiranya si isteri yang terkocoh2 hendak menyiapkan anak, mengiron baju sendiri, baju suami...pastikan kipas,tv, lampu rumah di off...bawak bekal susu anak...kemudian di sindir suami dengan mengatakan si isteri terhegeh2 untuk ke kenduri kahwin...sedangkan si suami...langsung tidak hulurkan bantuan, hanya menunggu di dalam kereta!!!....lidah itu lebih tajam dari pedang....



merajuk...bukan senjata isteri untuk menyerang suami...tetapi, merajuk merupakan satu cara isteri menunjukkan betapa terlukanya dia...betapa sakitnya hati dia...betapa sedihnya dia diperlakukan begitu oleh si suami....PUJUKAN adalah penawarnya...kata-kata MAAF dapat menyembuhkan luka2 tersebut...selalunya...kaum adam...suka membiarkan kaum hawa dengan dunia rajuknye sendiri...entah apa yang di fikirnya... si isteri mengada2... macam budak kecil... malas nak layan...dan mungkin bermacam2 lagi....alaa...kejap lagi ok la tu...mungkin itu bisik hati kecil si suami...tapi, ketahuilah...memang si isteri itu akan ok...baik...kembali tersenyum seperti biasa...kerana apa??... DIA SEDANG MEMUJUK HATINYA SENDIRI... namun, setiap yang terluka pasti ada kesannya...pasti ada parut...parut yang tidak di rawat..esok lusa...sangat mudah untuk berdarah semula...walaupun dengan perkara kecil...sangat mudah....



oleh itu...pada fikiran ibu, untuk kes 'kawan' ibu itu...ibu rasakan... betapa isterinya telah memujuk dirinya sendiri selama 25 tahun perkahwinan mereka...dan sehingga ke tahun yang ke-25 ini... dia sudah tidak dapat memujuk lagi hatinya sendiri...kerana sayang sudah tiada...rindu sudah hilang...yang ada hanya perasaan benci..pasangan ini bukan calang2... tetapi haji dan hajjah...ibu terfikir...adakah mudah untuk hajjah ini mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya??...sedangkan dia semestinya tahu tentang hukum Allah... namun, kenapa dia nekad dengan keputusannya...kerana dia sudah tiada upaya untuk memujuk hatinya sendiri lagi....



Semoga apa yang terjadi kepada 'kawan' ibu ini, dapat ibu elakkan dari terjadi kepada diri ibu sendiri...kata-kata dari saifulislam.com ini memang ada benarnya...



..."Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.
Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas..."

Dan, artikel ini juga dari saifulislam.com sangat terkesan di hati ibu...semoga ayah juga dapat membaca dan memahaminya juga...

CINTA ANTARA PLANET


Lelaki dan perempuan nyata berbeza. Ungkapan klasik al-Ghazzali dalam isu yang sama menyebut, “lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal”. Terjemahan itu telah mengelirukan saya walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan perempuan.
Selepas membaca tulisan John Gray, saya mengubah kefahaman saya terhadap kata-kata al-Ghazzali itu. Ungkapan beliau sepatutnya diterjemahkan kepada “LELAKI ITU 9 LOGIK DAN 1 EMOSI, PEREMPUAN PULA 9 EMOSI DAN 1 LOGIK“. Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi. Maka saya akur pada ketetapan Allah yang menyerahkan persoalan Talaq di tangan lelaki. Maka lelaki yang lemah rasional dan sering emosional dalam kehidupan, adalah lelaki yang kurang kelelakiannya. Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam sebuah rumahtangga. Tanya sahaja seorang perempuan, berapa kali dalam hidupnya dia menyapu sampah, membasuh tahi di punggung anak, mengemas rumah dan memasak. Perempuan boleh melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, manakala lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya. Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah.


HUBUNGAN SUAMI - ISTERI
Akan tetapi, nasihat dan pandangan John Gray lebih saya aplikasikan kepada hubungan di antara suami dan isteri. Iaitu dua insan yang sangat perlu untuk saling memahami. Faham secara empathy dan cuba meletakkan diri di pihak pasangan. Apabila isteri meluahkan pandangan, mengadu atau berleter tentang sesuatu perkara, amat perlu untuk seorang suami faham, bahawa tindakan itu selalunya bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kita ke arah penyelesaian. Sesekali ya, tetapi lazimnya tidak. Isteri-isteri sering begitu kerana mahukan perhatian. Mahukan layanan emosi dan bukti keprihatinan kita.
Maka janganlah pula suami terlalu cepat atau asyik mahu mencadangkan penyelesaian. Masalah-masalah itu sering boleh selesai hanya dengan kesediaan suami untuk menyayangi, atau dalam bahasa mudah… memujuk!
Namun ketahuilah wahai sang isteri, bahawa ia bukanlah suatu yang mudah bagi seorang lelaki. Makhluk yang gersang emosi dan kaya logik itu.“Maafkan abang, andai diri ini tidak bijak menjadi pemujuk”, itulah suara hati saya semasa muhasabah diri tentang sikap saya terhadap isteri.
Saya tahu yang saya kurang pandai memujuk. Kekadang kaku dalam menunjukkan keprihatian. Malah sering juga tanpa disengajakan, memperkecilkan keluhan isteri… lantaran menilai keluhan itu dengan logik dan rasional diri sebagai lelaki.
“Masalah macam itu pun nak besar-besarkan”, itulah agaknya kesimpulan hati saya dan kebanyakan suami semasa mendengar pengaduan isteri.Walhal isu itu besar… jika kita melihatnya dari sudut emosi, sebagaimana sudut isteri melihat dan menyuarakan isi hati. Maka nilaikanlah permintaan isteri dengan pertimbangan emosi, biar pun ia hanya secebis dari kemahiranmu sebagai lelaki.
“Maafkan abang!”, sekali lagi saya rasa bersalah. Salah bagi seorang suami, menilai isteri dengan penilaian lelaki yang gersang emosi.


BAGI SI ISTERI
Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suamimu berfikir dengan cara yang berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan, tangisan, dan bukannya buah fikiran. Suami mencari penyelesaian, bukan sekadar perhatian dan perasaan.
Sama ada isteri itu seorang suri rumah, atau kerani, cikgu mahu pun doktor dan jurutera, nalurinya adalah naluri wanita. Kaya emosi dan mungkin kurang berminat dengan rasional dan justifikasi.


BELAJARLAH UNTUK SALING MEMAHAMI
Di sinilah perhargaan saya kepada buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray kerana ia mengajar saya dan isteri untuk saling faham memahami. Pelajaran dari dua planet ini juga mendidik kami untuk memberi ruang kepada rasional dan emosi masing-masing berfungsi dengan baik, sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang diberi Ilahi. Hal ini jugalah yang dibahas dengan panjang lebar oleh Stephen Covey dalam Habit #5 beliau iaitu Seek First to Understand, Then to be Understood.Peraturan-peraturan ini bukanlah rekaan penulis seperti Covey dan Gray, namun ia adalah hasil kajian mereka terhadap tingkah laku manusia. Iaitu sebahagian daripada Sunnatullah… peraturan Allah dalam hubungan sesama manusia.


SUAMI, ISTERI DAN KAWAN
Kerana soal emosi dan logik tadi, saya cuba untuk memahami sesuatu.
Sering saya ketemu, isteri-isteri tidak begitu berminat atau komited lagi dengan persahabatan mereka. Biar pun mereka ada ramai best friends semasa anak dara, hingga tidur berkongsi bantal dan mimpi, namun selepas berkahwin dan beranak pinak, mereka tidak lagi serapat dulu. Tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu pada suami dan anak-anak.“Kalau Yang nak gi kedai dengan kawan-kawan, do some shopping, Abi tak kisah pun. Take your time. I’ll mind the kids“, saya membuka tawaran kepada isteri.Bukan apa, saya sering rasa bersalah kerana selalu terpaksa meninggalkan isteri. Mesyuarat, bekerja out station, ceramah, program dan macam-macam aktiviti luar, menyebabkan saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Bukan bersuka-suka bercuti dan bercanda, tetapi tugas dan tanggungjawab yang menjadi punca.
Lantas, saya tidak keberatan jika isteri saya mahu mengambil sedikit ruang untuk beliau pergi menziarahi sahabat atau menghadiri kursus-kursus rasmi dan tidak rasmi. Waktu untuknya tanpa saya. Tetapi lazimnya isteri saya lebih prefer untuk berada di rumah. Dan sebahagian besar sahabat yang saya temui, mengakui hal ini.
Mengapa hal ini berlaku?Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana.


Namun bagi si suami, kehidupannya banyak dipengaruhi oleh rasional kerana itulah alat utama beliau berperanan sebagai pemimpin keluarga. Mungkin kerana itu, saya merasakan bahawa, si suami perlu kepada rakan berbincang. Sesekali suami perlu mendapatkan pandangan ketiga. Dan kerana ini, seorang lelaki yang telah berkahwin, tetap menjaga hubungannya dengan rakan karib, kerana beliau perlu kepada input-input yang membantu beliau membuat keputusan… terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga.
Janganlah si isteri salah faham, dengan menyangkakan suami yang pergi kepada sahabat karib itu, telah membelakangkan dirinya. Lebih mengutamakan sahabat dari isteri sendiri. Lebih percaya kepada orang luar dari teman hidup yang dinikahinya.Jangan begitu.Suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional. Mencari panduan dan penyelesaian. Sedangkan emosi, perasaan dan kasih sayangnya tetap teguh pada isteri dan anak-anak. Suami memerlukan rakan bukan untuk urusan emosi sebagaimana yang sering difikirkan oleh si isteri.
Emosi dan perasaan itu eksklusif dan hanya ada antara suami, isteri dan anak-anak. Namun keperluan mendapatkan input rasional, izinkan suami mencarinya dari seorang rakan, kerana hasil perbualan mereka, akan memulangkan kebaikannnya kepada kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak.


MERAIKAN PERBEZAAN
Saya yakin, jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang. Bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus itu agar kita dapat belajar untuk saling memahami. Dengan bekalan Syariat Allah dan Sunnatullah… sempurnalah perjalanan sebuah rumahtangga.
“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki” (Al-Hadith)


“You complete me“, itulah realiti hubungan antara suami dan isteri.

kadangkala..orang yang paling kita sayang....adalah orang yang paling susah kita nak sayang..

Friday, October 10, 2008

UNTUK KALI KE-3...

hari ni..besday ibu...hepi...tp, masih ada sedih... tahun ni, dah masuk 3 tahun..ibu duk jauh dr ayah...malam td..ntah nape, ibu tetiba sedih...sedih sgt2...ibu nangis...sambil mesej ayah nak ucap 'selamat malam'...tetiba air mata ibu meleleh...memula perlahan, tp makin lama, makin laju... sebenarnye, hati ibu rs 'sakit' sgt...

"ayg tetibe sedih..sbb tetibe terpk ntah smpi bile la kite ni jd camni..lg sedih bile pk, ayg n luqman x dpt spt ape yg sepatutnye kitorang dapat...nite abgku.."
10:43pm
9/10/08
situasinye..ibu rskan seperti hukuman penjara...kalau di beritahu hukuman penjaranye 3 tahun...atau 5 tahun...atau 10 tahun sekalipu..sekurang-kurangnya...ia ada tempoh....untuk ibu tunggu...tp, sekarang....ia seperti hukuman ISA....x tahu sampai bile....x ade tempoh tertentu untuk ibu menunggu...tp, ibu terpakse jugak untuk menunggu....yang membuatkan ibu lebih terseksa dan 'sakit'...sampai bile??.... luqman makin membesar...ibu semakin bertambah usia... dan jika dikira dan dihitung...ntah berape hari la sgt yang ibu dan ayah dapat berjumpa... dalam tempoh hampir 3 tahun ibu dan ayah berkahwin....hanya berjumpa 2 hari dalam seminggu... dalam tempoh sesingkat itu...kadang2 tidak berlaku mengikut ape yg sepatutnye.... kadang2 tidak seperti apa yang ibu gambarkan pada masa 5 hari tidak berjumpe itu.... selalu ibu angankan...dalam masa 2 hari tu, ibu nak bermanje...ibu nak bergurau2...ibu nak peluk ayh... ibu nak wat itu...nak wat ini...nak pegi situ...nak pegi sane....tp, ada jugak yg tak menjadi... kadang2 dalam bergurau...ada jugak terlepas kata2 yang x berape sedap di dgr...membuatkan airmata ibu mudah mengalir....dek kerana rindu selama 5 hari tidak lagi terlepas malah ditambah pulak dgn kate2 yang menyakitkan... hermmm....sampai bile....sampai bile....sampai bile.... hanya ALLAH yang lebih mengetahui....
"Aygku...aygku jgn sedih tau...kite doa same2 tau..insyaAllah..
x lame lagi kite dpt duk same... "

Tuesday, September 23, 2008

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle... Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... So?....what the conclusion...:)

Hargailah emak, ISTERI, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Thursday, September 18, 2008

TANPA MU...

(klik utk dgr lg ni)


Resah..yang ku ubah dalam kata...
Melukiskan kesunyian..
Tanpa engkau, aku tak mengerti..
Meski pagi itu menatapi..
akan sunyi tanpa mu menemani...
aku sepi...
Tanpa..Cintamu aku resah..
Tanpa..Kasihmu aku hampa..
Tanpa..Dirimu aku mati....
Kini... benar-benarku rasakan..
Dalam relung hatiku...tanpamu..
Aku tak mengerti..
Takut....Takut jauh dari dirimu..
Kan kau tinggalkan aku sendiri....
Tanpamu ku mati...
Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti







Wednesday, August 27, 2008

NASIHAT PILIH SAHABAT...

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabatNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringan kanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Monday, July 28, 2008

RAHSIA CINCIN DI JARI MANIS...

Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.Mari kita mula permainan ini.
1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.
2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.
3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.
4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.

Monday, July 14, 2008

HEPI BESDAY TO YOU...ANAK IBU DAN AYAH..






selamat hari jadi..selamat hari jadi...selamat hari jadi luqman...selamat hari jadi... (kene nyanyi)... anak ibu dah setahun laaa.....ibu ngan ayah tak bagi hadiah pon hari tu...tp, ibu ngan ayah bagi luqman 'hadiah kasih sayang' seumur hidup pada luqman tau... ibu syg luqman...ibu syg ayah... ibu syg famili kita....uummmmuuaahhh!!!....










semoga anak ibu..menjadi orang yang baik...kepada semua orang dan kepada diri sendiri.... amin...

Thursday, July 10, 2008

TIP PENGUAT CINTA....


Dalam melayari alam rumah tangga, pujian, bahasa tubuh dan belaian mesra merupakan antara keinginan yang didambakan isteri daripada pasangannya.BERCINTA secara fitrahnya adalah pengalaman manis dan saat yang sentiasa dinanti-nantikan wanita daripada seorang lelaki.
Namun, sebelum tiba ke puncak kemanisan bercinta, terdapat beberapa perkara kecil yang diharapkan seorang wanita dan perlu diberi perhatian setiap pasangannya.Walaupun belum lengkap mengenali erti percintaan dalam sebuah perkahwinan, tetapi wanita sememangnya menginginkan suatu tata cara kehidupan yang lebih romantik dengan dipenuhi belaian mesra seorang suami.Terdapat beberapa keinginan yang didambakan wanita daripada suaminya, dalam melayari makna di sebalik sebuah ikatan percintaan. Untuk lelaki, semak beberapa perkara di bawah ini:

Pujian tulus tidak terduga. Wanita mana yang tidak inginkan dirinya dipuji? Bukannya pujian seribu satu kata-kata tetapi, pujian kecil yang tidak terduga olehnya.
Jika itulah yang diucapkan si suami di saat isteri menantikannya , ia pasti membuatkan isteri tersenyum lebar. Sampaikan pujian dengan penuh kesungguhan, tatap matanya dan jika perlu, lemparkan bisikan halus di telinganya.Hindarkan pemberian pujian tanpa memfokus kepada maksud yang ingin disampaikan. Contohnya, kamu memujinya sambil tangan sibuk melakukan sesuatu kerja. Ini membuatkan pasangan berasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan.

Bangkitkan aroma tubuh. Sentiasa memanjakan diri sebelum berdampingan dengan pasangan, mengambil berat tentang penjagaan diri seperti kuku, janggut, serta membangkitkan aroma segar dari tubuh kamu. Kesemua ini dijamin akan membuatkan pasangan berasa nyaman sewaktu bersama. Ketika berada di rumah, kamu berasa tidak selesa untuk mengenakan pakaian menutup dada. Percayalah, ‘pakaian menutup aurat’ tidak sesekali disukai pasangan ketika berada di rumah. Sebaliknya, kenakan celana pendek potongan seksi. Ini akan membangkitkan keintiman pasangan tatkala isteri memperlihatkan keseksian tubuh ketika bersama.

Sentuhan mesra.Walaupun kamu berdua begitu penat setelah pulang dari kerja, tidak salah sekiranya kamu menyelitkan bukti cinta kamu selama ini. Kamu boleh mencipta sesuatu yang menyenangkan untuknya. Setelah selesai mandi dan bersiap untuk tidur, ambil minyak zaitun atau losen badan dan sapu di lehernya serta urut perlahan-lahan. Biarkan pasangan kamu menikmati setiap sensasi yang tercipta daripada sentuhan jemarimu ini. Sentuhan erotik di tempat tidur ini sememangnya diinginkan setiap wanita. Tetapi, tidak hanya pada itu, wanita juga mendambakan belaian kasih sayang. Belailah rambutnya di saat dia berada di sisi kamu, atau pegang tangannya ketika dia menuruni anak tangga. Hal-hal seperti ini begitu dinanti-nantikan wanita.

Panggilan ’sayang’. Masih ingatkah lagi panggilan ’sayang’ di saat kamu bercinta dengannya dahulu? Sekiranya ingat, cubalah mengulangi panggilan cinta itu semula. Jika ternyata kamu tidak pernah memulakan panggilan ’sayang’ untuknya, tiada masalah untuk kamu menciptanya sekarang. Wanita akan merasa dirinya lebih istimewa di saat dia menyedari bahawa kamu adalah insan pertama di dunia ini memanggilnya dengan sebutan sayang. Ia sekali gus mengingatkannya semula keistimewaan diri kamu berbanding orang lain.

Sikap romantis. Apa yang diinginkan seorang isteri adalah sikap romantik dan telus daripada suami. Ia tidak perlu dipamerkan setiap masa malah boleh dilakukan setiap kali anda menginginkan belaian mesra daripadanya. Selain di rumah, kamu boleh mencipta suasana romantik sewaktu menjemputnya di tempat kerja dengan memberinya setangkai mawar kecil.
Wanita akan merasakan dirinya disanjungi dan dihormati. Malah, siapkan sarapan untuknya dan bawa ke kamar tidur. Bangunkan dia dengan sebuah kucupan lembut di dahi, kemudian hulurkan segelas jus segar. Apa yang kamu lakukan ini akan membuatkan dia berasa kamu begitu romantik.

Tidak terburu-buru. Straight to the point. Ini adalah sebahagian sikap lelaki yang digelar wanita sebagai sikap terburu-buru. Cubalah sesekali kamu mengikut rentak iramanya.
Biarpun ia hanya dicipta sewaktu zaman bercinta dahulu, hakikatnya wanita menginginkan pasangannya mengerti keinginan dirinya itu. Cium dengan perlahan tanpa ada satu bahagian pun yang terlewat. Tanya kepada dirinya apakah yang dia mahu kamu lakukan untuknya lagi.
Jangan sesekali membawa sikap terburu-buru ke kamar tidur. Peluk, belai rambutnya, bisik bagaimana kamu terlalu mencintainya sebelum kamu berdua menikmati waktu malam yang indah.
Pastinya, pasangan kamu sentiasa menginginkan kamu mengulangi langkah sebegini setiap kali kamu bersama....

PESAN AYAH...

hari ni ayah ada hantar kat ibu satu mesej...

"Janganlah mencari kelemahan pasangan hidup kita apabila bertengkar...tidak wajar bertengkar untuk mencari kemenangan sebaliknya carilah jalan penyelesaian..."

Psst: macam ada makna jek....:)

Thursday, July 3, 2008

hanya KAU yang mampu.....

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. "

Wednesday, June 18, 2008

BIARLAH....

hari ni rasanya...dah seminggu ayah luqman pegi sarawak...ada sukan...tarik tali...lagi seminggu dia kat sana...pastu, baru dia balik...mula2...ayah luqman kata tak nak pegi...tp, last minute...ckp kena pegi plak...takpe...ibu paham...cuma, ibu harap...ayah pon memahami ibu... biarlah.....

Wednesday, May 28, 2008

KENAPA IBU SEDIH...

ibu tahu..kenapa ibu sedih...cuma ibu tak dapat menerangkannya...ibu tak dapat nak menterjemahkannya dalam bentuk perkataan...dalam bentuk ayat...ibu hanya dapat dan mampu menzahirkan kesedihan tu dalam bentuk fizikal...ibu menangis...menangis... menangis... tp, ibu tahu....takkan ada orang akan faham kenapa ibu menangis...walaupun pernah ibu mencuba untuk beri kefahaman itu pada seseorang yang sangat2 ibu sayang...tp, nampaknya orang itu juga masih belum mampu untuk memahaminya...walaupun satu waktu dulu dia pernah berjanji...

Datanglah sayang dan biarkan aku berbaring
Di pelukanmu,walaupun untuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua
Bilaku lelah tetaplah di sini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bilaku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu,walau untuk sekejap
Kar'na hanya engkaulah yang sangggup redakan aku
Kar'na engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Kar'na dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah maupun senang
Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku ...

Tuesday, May 6, 2008

IBU DAN KENANGAN....


Sunyi dan sepi
Tiada bintang yang berkerlipan di langit yang biru
Tiada...kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya yang aku nantikan tak kunjung tiba
Tiada kata tiada pesan
Untukku yang engkau tinggalkan...sayang

Menghilangkan diri tanpa pesan... ku ditinggal
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu

Di manakah kini kau berada...kasih
Tersenyum aku...sambil menitiskan airmata
Mengenangkan dikau
Yang tinggal.... hanya gambar jua tanda mata dan kenangan
Tiada terduga
Yang ini harus akan terjadi di malam begini
Mungkinkah kita kan bersua lagi


lagu Hattan- aku dan kenangan





Friday, May 2, 2008

BUAT LELAKI BERGELAR SUAMI....

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,Yang berusaha menjadi soleh…..

Tuesday, April 29, 2008

CERITA DARI IBU...UNTUK LUQMAN....

masa berlalu begitu pantas..masih terbayang2...e-mail pertama ayah yang membawa kepada perkenalan antara ibu dan ayah...kemudian terus bere-mail2...tanpa bersua muka.... lebih kurang 5 bulan ber'jumpa' hanya dalam e-mail...akhirnya ibu dan ayah berjumpa juga secara realiti....berkawan....bercinta... ibu dirisik....kemudian ibu di'ikat' dengan tali pertunangan....setahun bertunang...ayah luqman selamat lafaz akad menikahi ibu pada 23/12/2005...kenangan yang tak akan ibu lupakan...sampai mati...sampai hujung nyawa...ibu sayangkan ayah luqman jek....








Monday, April 28, 2008

SAKIT KE IBU...?

hari ni...ibu rasa sedih...susah hati...dan macam orang berputus asa...bukan perkara yang pelik pun...sbb ibu mmg selalu sedih...tp, hari ni....mmg pelik sbb...perasaan ni timbul secara tiba-tiba... tiba-tiba otak ibu ligat memikirkan tentang bagaimana cara supaya ayah luqman dapat berpindah ke melaka...dapat tinggal bersama ibu...bersama luqman...seperti keluarga2 yang lain...yang hidupnya lengkap....serba sempurna....kenapa keluarga ibu tak macam mereka... kenapa ibu mesti hidup berjauhan dengan suami ibu sendiri...kenapa luqman tak dapat tinggal dengan ibu ayah dia sendiri...kenapa itu..kenapa ini... dan persoalan2 ni...membuat kan ibu sedih...
YAKIN....ibu memang ingat pesan ayah luqman...tp, ibu macam tercari2.... YAKIN PADA APA....YAKIN PADA SIAPA....YAKIN UNTUK APA...APA ADA PADA YAKIN ITU...BAGAIMANA NAK YAKIN....KENAPA PERLU YAKIN SANGAT... dan akhirnya, ibu dapat satu 'laluan'...


SINAR IMAN DI SEBALIK UJIAN
“Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya”, kata ayah seorang pesakit kepada saya.
Saya mengangguk.“Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil…”, sambungnya lagi.“Itulah sebabnya Allah memanggil di dalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 136)”, saya menambah.
“Ya… Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa… dengan siapa?”, sambung beliau.
Kami sama-sama terdiam. Allah jua yang tahu perasaan saya semasa merenung wajah anaknya yang sedang bertarung dengan ujian Allah itu. Terasa mengalir kuatnya yakin si ayah untuk mentafsirkan kesakitan anaknya sebagai suatu kebaikan.
“Apa guna kita esakan Dia? Kalau bukan untuk hancurkan kita. Hancurkan diri…”, beliau seperti bercakap dengan dirinya sendiri.
Hancurkan ego, hancurkan rasa memiliki”, saya cuba mengemaskinikan ayatnya.
“Ya ustaz. Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan kehilangan dan kekurangan. Lupa pada apa yang diberikan-Nya. Walhal nanti kita ditempelak dengan nikmat yang diberi, bukan nikmat yang pergi. Fa bi ayyi aalaa’i rabbikuma tukadhdhibaan?“, katanya.
“Tak salah ustaz. Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis. Menangislah sampai dapat meyakini Dia. Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia. Jika dengan ujian seperti ini masih tidak mampu yakin pada-Nya, itulah yang patut ditangisi, amat dalam kata-kata si ayah.
Saya seperti mahu tersepuk di tepi katil. Sayalah yang ‘bodoh’ dan jahil di hadapan situasi ini.Mengangguk lemah…


AGAMA DAN TUHAN

Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita bermain-main dengan ilmu agama. Kita sibuk menelaah hukum. Kita terasa bijak dapat menyelesaikan khilaf ulama. Tetapi kita lupa, untuk apa semua itu? Untuk apa agama ini?Ilmiah, ilmiah, nota kaki, nota kaki… ke mana semua lambakan itu dalam soal membina yakin kita? Keyakinan yang menjadi tali penghubung antara realiti sepahit ini dengan hakikat Dia yang Maha Tinggi?Sesungguhnya saya merenung balik ke belakang. Melihat sejarah manusia, sejarah diri sendiri…Kerana rosaknya agama Kristian, ramai orang Eropah yang berTuhan tanpa agama. Terus yakin pada Dia tetapi hilang arah kerana rosaknya agama untuk berhubung dengan-Nya.Tetapi jauh di dalam masyarakat kita, agama Islam kita rosak, hingga ramai orang kita yang beragama tanpa Tuhan! Kerana terperangkap di dalam ritual dan proses agama, kita gagal sampai kepada-Nya.
Kita menyembah ‘agama’, bukan lagi Tuhan, bukannya Dia...Kerana itu kita banyak berbalah, berkeluh kesah dan memberontak… kerana lupa kita hamba dan Dia segalanya. Kita kelihatannya seperti sangat beragama dek pengetahuan, tetapi apabila direnung pada kelakuan, keyakinan dan pegangan diri dalam kehidupan, kita seperti hidup tidak berTuhan.
Kita beragama, tetapi dalam beragamanya kita itu, kita miskin dari hakikat Dia. Tidak terserlah kehambaan diri, tidak terlihat kebesaran si Dia.
Saya beredar dari wad dengan air mata yang gagal berhenti…. bahawa dalam kesakitan itulah terbentangnya kesejahteraan iman.
Siapakah sebenarnya yang sakit?
Mereka yang terlantar itu atau diriku yang berdiri di sini?
Ya Allah, sembuhkanlah tubuh mereka yang sakit, sembuhkanlah iman si kami yang sihat ini…
Ameen...

ABU SAIF @
http://www.saifulislam.com/


Ibu tahu...apa yg berlaku pada ayah...pada ibu...dan pada luqman sekarang ni...adalah ujian dari ALLAH...ibu perlu yakin yang pada satu hari nanti, kita akan dapat bersama juga akhirnya... cuma ibu perlu berdoa...meminta....merayu pada ALLAH..." Ya ALLAH...Aku terima ujian MU ini dengan redha...namun, jangan lah KAU biarkan aku berjauhan dengan suamiku untuk tempoh yang lebih lama lagi Ya ALLAH...jangan lah kau biarkan anakku berjauhan dengan ayahnya sendiri lagi Ya ALLAH....kerana aku adalah hamba MU yang lemah...yang selalu mengharapkan pertolongan daripada MU...tiada kuasaku untuk merubah apa-apa pun kecuali dengan keizinan dan pertolongan dariMU...makbulkan permintaan ku ini, Ya ALLAH....murah kan lah rezeki kami....ameen...."

Monday, March 31, 2008

IBU AKAN TERUS BERDOA...


Selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa ditolak?. Sebenarnya, doa manusia yang mencukupi syarat diperkenankan oleh Allah dalam tiga bentuk:
Pertama : Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
Kedua : Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
Ketiga : Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.
Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".
Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".(Riwayat Ahmad). Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh Allah, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat....
P/S: ibu ambil pengajaran daripadanya...

Thursday, March 27, 2008

ANDAI IBU TAHU...

lagu yang ibu suka dengar...kumpulan UNGU...tajuk lagu ni, ANDAI KU TAHU...


Andai kutahu....
Kapan tiba ajalku..
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku....
Andai kutahu Kapan tiba masaku....
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yang terus membayangiku...
Andai kutahu malaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku.... Mengucapkan kata tobat padaMu...
Ampuni aku.... Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku ...Menangisku bertobat padamu
Aku manusia yang takut neraka...
Namun aku juga tak pantas di surga..

Tuesday, March 18, 2008

IBU MASIH BELAJAR UNTUK BERSABAR...

Teringat pada satu kisah..
seorang ayah yang hebat fiqh da’wahnya.. memberi tarbiyah kepada anaknya yang cepat marahnya.. yakni seorang pemuda yang pemarah.. walaupun hanya pada perkara yang kecil.. suatu hari.. ayahnya memberikan kepadanya tukul dan sekotak paku.. pelik anak muda ini.. terus ditanyakan kepada ayahnya dalam nada kehairanan.. “untuk apa tukul dan paku-paku ini, abah?”.. ayahnya menjawab.. “setiap kali kamu marah, pakukan tembok batu di depan rumah kita ini sebagai tempat kamu melepaskan kemarahanmu.”.. terjawab, tetapi masih hairan, namun tidak dipersoalkannya lagi, diikuti apa yang diminta oleh ayahnya..
pada hari pertama sahaja.. sudah 37 batang paku yang dipakukan pada tembok batu tersebut.. namun.. setelah bermingu-minggu.. paku-paku yang kelihatan ditukulkan setiap hari semakin berkurangan.. tiba-tiba terfikir dalam dirinya.. lebih mudah baginya mengawal marahnya dari menukul paku ke tembok batu di depan rumahnya.. maka dia terus dengan tarbiyah ayahnya.. sehinggalah tiba satu hari.. di mana tiada paku yang dipakukan pada hari itu.. pemuda tersebut berjaya mengawal marahnya, tidak sekali pun hari itu dia memarahi sesiapapun.. dia dengan gembiranya mendapatkan ayahnya.. lalu mengkhabarkan berita gembiranya itu..
apabila diberitahu kepada ayahnya.. ayahnya mengucapkan tahniah dan memberikan arahan baru.. kali ini.. pemuda itu disuruh agar mencabut paku yang telah ditukulkan pada tembok batu itu satu persatu.. yakni bagi setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan, maka cabutlah satu paku pada tembok tersebut..hari berganti hari.. minggu diganti dengan minggu.. siang malam silih berganti.. masa berlalu.. seperti mana yang ditetapkan Allah.. sehingga tibalah satu hari di mana pemuda itu berjaya mencabut keseluruhan paku yang telah dipakukan dulu.. dia dengan bangganya memberitahukan hal ini kepada ayahnya yang dihormati.. lantas ayahnya memimpin tangannya ke tembok tersebut.. lalu berkata.. “anakku, kamu telah melakukannya dengan sangat baik sekali, tahniah.. tetapi, lihatlah lubang-lubang pada tembok batu ini.. tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.. bila kamu menyatakan sesuatu, atau melakukan sesuatu ketika marah, ia meninggalkan kesan.. ia meninggalkan parut dan luka.. sama seperti ini.. kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.. tetapi ingatlah.. berapa banyak sekali pun kau memohon kemaafan dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya tetap ada.. luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal.”..


P/S: Memang susah nak jadi penyabar...tp, ibu masih belajar...belajar dari ayah luqman yang sangat2 penyabar...bukan jek dengan ibu...tp, dengan semua orang dia sabar....ibu tak nak hati ibu ada lubang2 lagi...buat apa lubangkan hati kita untuk benda2 yang x berbaloi...betul x...mmg persekitaran banyak mempengaruhi... kat rumah...kat opis...semuanye ada penyebab untuk ibu jd tak sabar...jd marah...ibu masih belajar....sekiranya nabi kita yang mulia itu juga bersifat pemaaf terhadap mereka-mereka yang menguji kesabarannya.. malahan Allah Yang Maha Agung juga amat suka memberi pengampunan.. siapalah ibu untuk tidak cuba memaafkan kesalahan mereka-mereka yang selalu menguji kesabaran ibu ni... apa hebatnya ibu untuk tidak memaafkan?...wAllahua’lam.. moga amalan selari dengan kata-kata.. amin..

Saturday, March 15, 2008

LUQMAN DAH 8 BULAN!!!

hari ni, anak ibu genap 8 bulan....dah besar kan...tp, ibu tak sabar nak tunggu luqman besar lagi... pandai berjalan..berlari...dan paling tak sabar nak tunggu luqman panggil "ibu".... Ibu sentiasa doa, anak ibu ni sihat selalu....tak nak sakit2....biar pandai...jangan degil...dengar cakap ibu...cakap ayah... InsyaAllah...ibu ngan ayah akan cuba jadi 'ibubapa' yang baik untuk luqman... Uuuuummmmmmuuaahhh!!! sayang anak ibu!!!


Friday, March 14, 2008

SINERGI UNTUK 1+1=3(malah lebih)

Baik, sekarang cuba awak jelaskan, kenapa awak kata saya telah mengabaikan rumahtangga kita?”, tegas seorang suami, yang juga CEO sebuah syarikat besar, kepada isterinya.
“Penjelasan yang macam mana? Puas sudah saya jelaskan sebelum ini”, jawab isterinya.
“Penjelasanlah! Facts and figures… di mana kurangnya, apa kurangnya…”, muka si suami sedikit kemerahan.
“Tak adalah facts and figures tu. Tetapi ia suatu perasaan yang kuat. Saya rasa awak semakin longgar dari rumahtangga kita”, kata isterinya.
“Tengok tu Encik Covey, tak faham saya dibuatnya. Asyik-asyik itulah yang diulangnya sejak sekian lama. Perasaan, perasaan, perasaan!”, rungut si suami.
Stephen Covey tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Hilang sedikit tumpuannya kepada makan malam mereka. Si suami berfikir dengan otak kiri, manakala si isteri membalas dengan sentuhan otak kanan.
“Saya tahu awak mungkin tak suka saya jemput Encik Covey makan malam bersama dengan kita malam ini. Tetapi, saya nak beliau bantu selesaikan apa masalah kita. Awak kata kita bermasalah tetapi awak tidak dapat memberikan penjelasan mengenainya”, si suami menyambung leteran. Buruk juga apabila orang lelaki berleter.
Si isteri tunduk. Garpunya menguis-nguis kobis bunga di dalam pinggan.
“Baik, sekarang ni, awak puas hati tak dengan rumah kita?”, tanya si suami. Cuba memecahkan kebuntuan diskusi mereka.
Isteri mengangguk lemah.
“Cukup tak makan pakai kita selama ini?”, soal si suami.
“Lebih dari cukup…”, jawab isterinya lemah.
“Habis, di manakah yang tidak kenanya?”, si suami sudah naik angin sedikit.
“Bukan soal makan pakai. Tetapi bagaimana perasaan awak terhadap saya, terhadap anak-anak dan rumahtangga kita?”, si isteri mengangkat muka. Sedikit memberontak.
“Saya sayangkan awak. Begitu juga anak-anak kita”, kata si suami.
“Tetapi saya tidak dapat merasainya!”, tegas si isteri.
“Tengok, Mr. Covey. Tak habis-habis dia akan mengulang perkara yang dia sendiri tidak dapat jelaskan”, si suami bernada mengalah. Bosan barangkali.
Kisah ini dicatat oleh Covey di dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective Families. Tetapi ia bukan kisah Covey semata. Ia kisah kehidupan kita semua.
“Tadi awak kata awak ada anak. Berapa orang?”, tanya Covey kepada pasangan itu.
“Dua orang!”, mereka berdua menjawab serentak.
“Oh dua orang. Bagaimana keluarga kamu bertukar dari kamu berdua kepada empat orang sekarang ini?”, tanya Covey dengan nada provokasinya.
“Apa maksud awak?”, tanya CEO itu, kebingungan.
“Maksud saya, macam mana kamu berdua dapat anak? Dua orang pula tu. Satu campur satu jadi empat!”, soal Covey.
Merah padam muka mereka berdua.
“Faham-faham sahajalah bagaimana kami dapat anak”, jawab si suami. Terasa sedikit aib pada soalan itu.
“Ya, kamu dan isteri bekerjasama untuk mendapat anak. Ketika kamu bekerjasama itu, kamu mahukan isteri kamu serupa dengan kamu, atau kamu menghargai dirinya sebab dia ‘berbeza’ dari diri kamu?”, tanya Covey lagi.
“Wah… peliknya. Tentulah saya gembira kerana isteri saya adalah isteri saya”, kata lelaki itu. Nafasnya kencang.
“Bagaimana kalau isteri kamu serupa dengan kamu? Bolehkah kamu gembira dan mampukah kamu berdua hari ini memiliki dua anak hasil persamaan itu?”, Covey terus menghentak pemikiran pasangan suami isteri itu.
Apa yang cuba Covey sampaikan, sudah difahami oleh mereka berdua. Mereka terlupa bahawa perbezaan antara suami dan isteri, bukan punca masalah, tetapi suatu nikmat dan peluang pengkayaan rumahtangga mereka.
Kerana suami itu seorang lelaki, dan isterinya pula seorang perempuan, mereka bahagia, dan natijah kebahagiaan mereka, rumahtangga yang bermula dengan dua insan bercinta itu, sudah bertambah menjadi empat dengan sepasang anak yang menyerikan kehidupan. Rumahtangga itu bukan sahaja memuaskan naluri mereka sebagai manusia, tetapi juga mencambahkan kebaikan, menambah keturunan, dan manfaatnya tidak berhenti-henti, tidak putus.
Itulah sinergi.
Satu tambah satu bukan dua, malah tiga, mungkin empat dan lebih lagi.

Betapa pentingnya sinergi dalam kehidupan, saya jadi tidak segan dan tidak pernah berasa susut keislaman jika saya mencadangkan bakal pengantin membaca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus karangan John Gray. Ia mengajar seorang lelaki dan seorang perempuan untuk memahami bahawa lelaki itu sangat berbeza dari perempuan, dan perbezaan itu bukan masalah tetapi rahmat dan anugerah. Perkahwinan adalah untuk menghasilkan kebaikan daripada perbezaan itu.
Perbezaan fizikal.
Perbezaan cara berfikir.
Perbezaan kekuatan rasional dan emosi.
Perbezaan selera dan kecenderungan.
Berbeza belaka…
Untuk itu, syarat pertama SINERGI adalah MERAI DAN MEMANFAATKAN PERBEZAAN.

Sinergi bukan bermaksud berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan. Ia bukan soal bertolak ansur di mana hari ini saya ikut jalan awak, dan esok awak pulalah ikut jalan saya.
Tetapi sinergi itu bermaksud saya datang dengan pandangan saya dan awak datang dengan pandangan awak, tetapi kita berdua terbuka bukan hanya kepada memilih antara dua pandangan berbeza yang kita ada, sebaliknya bersedia untuk mencari sesuatu yang lebih baik dari cara saya dan cara awak.

saifulislam.com