Monday, November 15, 2010

LOVE U!!!

petikan dari saifulislam.com

Anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Languages of Love for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.Bahasa-bahasa itu ialah:
1) Sentuhan fizikal
2) Perkataan
3) Masa berkualiti
4) Hadiah
5) Khidmat bakti


Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.

Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan ‘perkataan’ apabila selalu menyebut kepada anak-anak, “ayah sayangkan kamu semua” atau “ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis”. Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.

Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.

Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.Baginda memang seorang Murabbi Cinta.

selepas membaca artikel dari ustaz hasrizal ni, ibu berfikir...apakah agaknye bahasa kasih sayang yang diperlukan luqman?..selama 3 tahun lebih ibu membesarkan luqman, ibu dapat merasakan bahasa kasih sayang luqman ialah pertama : perkataan, kedua: fizikal, ketiga: masa berkualiti. Luqman suka dipuji kebaikannya, kerajinnya, kepandaiannya dan serba serbi suka dipuji..."pandainye luqman" atau "fuyoo..terer nye ank ibu" atau "hensemnye ank ibu pakai baju warna biru".. semua tu amat disukai luqman..betulkan?.. :D.. Then, yang ke-2, barulah fizikal.. Semenjak ada adik zahra, ibu dapat rasa..ibu kurang cium pp luqman..ibu kurang peluk luqman...sedangkan, luqman suka bila ibu cium, ibu peluk apatah lagi didukung walaupun dah besar dan beratnye dh nk hampir 20kg...nak manja macam dulu..boleh...siapa kata tak boleh...
Yang ketiga, masa berkualiti...juga ibu perhatikan luqman suka orang yang rajin melayannye.. siape lagi kalau bukan nenek..nenek rajin layan luqman berbual, layan luqman melukis, membaca abc, tengok tv crite haiwan;animal planet..sangat berkualiti masa luqman bersama nenek...adakah ibu telah buat perkara yang sama.. dapat bersama hanya pada waktu malam dan hujung minggu..dapatkah ibu memenuhi t/jwab itu...ibu rasa amat bersalah sekiranye pada hari sabtu atau ahad..luqman hanya menghisap puting sambil tengok tv citer kartun yang ntah apa2 atau datang pada ibu waktu ibu sibuk memasak di dapur dan bertanyakan perkara yang pelik2.. kebosanan!!.. masa yang langsung tiada kualiti..!!.. jadi, mulai sekarang..ibu seboleh mungkin ingin membuat masa kite bersama tidak akan menimbulkan kebosanan kepada ank2 ibu... ibu tidak mahu, anak ibu berfikir yang ibu dan ayahnye seorang yang bosan, very plain dan not fun at all.. Yang mana, anak2 ibu akan rasa seronok & gembira berada dirumah tapi persoalannya ialah bagaimana ia akan berjaya dilakukan sekiranya hanya ibu yang berusaha?.. (^_^)

Monday, September 27, 2010

MINTA DI JAUHKAN YA ALLAH...

ARTIKEL "Apabila suami tak romantik"

Biasanya saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati.
‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.
‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka.
‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.
‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit.
‘‘Suami saya Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati.
Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.
‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.
Istimewa
‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga.
‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah semakin tua you sekarang ya’’.
‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.
‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga.
‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah.
‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak.
Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.
‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi?
‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri.
‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.
‘‘Tujuannya supaya kawan saya segera balik, jadi tak dapatlah saya nak berbual dengan tetamu. Pernah Fikri kata kawan pejabat habis kat pejabat, jiran cukup sekadar bertanya khabar bukan nak datang ke rumah mengganggu aja. Itulah perangai buruknya membuat jiwa saya lebih tertekan .
‘‘Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dilakukannya yang membuat jiwa saya tertekan. Hingga sampai satu peringkat saya fikir lebih baik saya tak ada suami, namun untuk menjadi ibu tunggal dengan 3 orang anak bukan mudah, sebab itu saya terpaksa sabar dengan perangai buruknya. Tapi sampai bila saya mesti sabar?’’
Demikian cerita Norjaslina panjang lebar tentang masalah yang dihadapi.
Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa.
ARKIB UTUSAN : 20/08/2010

Monday, July 12, 2010

MACAM-MACAM

hari ni, 12/7/2010...ibu dan ayah pergi lagi ke UTEM menghantar borang kerja dan surat sokongan...entah kenapa, selepas menghantar surat tu...hati ibu rasa sedih sgt...sedih dengan kehidupan kita..sedih dengan birokrasi/prosedur kerja kerajaan ni...seingat ibu, dari luqman dalam perut ibu lagi, ibu dan ayah dah bersusah payah ke hulu ke hilir meminta 'bantuan' orang2 yang kononnya 'tangan mereka' ada kuasa untuk menentukan tempat kerja ayah ni...dan sampai sekarang, umur luqman dah 3 tahun pon...masih belum ada apa2 jawapan...
geram...sedih...sedih...dan sedih...:(

tp,

ada jugak la yang menggembirakan ibu... nak tau?!!...ibu ngan ayah dah daftarkan luqman sekolah...yang pentingnya, sekolah cina...ibu ngan ayah nak berikan yang terbaik untuk luqman tapi masih dalam kemampuan kami...dan ini adalah langkah pertama kami...langkah seterusnya, nak carikan luqman tadika pulak...niat ibu nak hantar luqman tadika bila umur luqman 4 tahun nanti...masalahnya pulak...luqman dah boleh 'buang' pampers ke...huhuhu...

Monday, June 28, 2010

TERUSKAN LAH...KAU BEGITU...

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan


Kuhidup dengan siapa
Ku tak tahu kau siapa
Kau kekasih ku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

Tuesday, April 27, 2010

"Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!"- USTAZ HASRIZAL



Racun yang membinasakan...
ada benarnya...terasa kebenarannya...apabila berjauhan, ungkapan love u, miss u, take care begitu ringan..tetapi bukan di mulut, hanya di hujung jari...entah ungkapan itu memang turun dari hati ataupun hanya menjadi ayat pelengkap untuk mesej2 yang nak di hantar...tapi, bile berjumpa, dekat pun seperti jauh...menatap wajahku seperti ingin menerima hukuman gantung...begitu menyesakkan, merimaskan, menyusahkan agaknye...apatah lagi ingin memegang tangan, membelai rambut, merangkul bahu...begitu mendamaikan apatah lagi dalam keadaanku ketika ini...mungkin permintaan ku terlalu tinggi untuk di tunaikan...tidak mengapa lah...mulutku akan ku kunci..jika itu penyelesaiannya...namun, aku hanya seorang isteri...seorang wanita...seorang ibu yang kekuatannya hanyalah air mata...hanya itu sahaja caranya aku meluahkan perasaanku.. janganlah di halang....janganlah disalah tafsirkan...mungkin engkau terlupa cara menjadi suami setelah engkau menjadi seorang ayah...InsyaAllah.. tidak akan aku menyusahkanmu lagi...tidak akan aku menjadikan 'usaha' mu 'sia-sia' lagi...selagi kudratku masih ada...InsyaAllah...cuma satu pintaku...jangan sakiti hati ku lagi... kerana aku sangat mencintaimu...



RENUNGAN PARA SUAMI DAN ISTERI

Renungan Para Suami dan Isteri Fikir sejenak.. "Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum dihadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?! Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu? Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?! Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?! Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah! Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya,maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya". * Ucapan baik adalah sedekah. * Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan. * Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala. KETAHUILAH WAHAI WANITA 1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun. 2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah. 3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah. 4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid. 5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin. 6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka. 7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah. 8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu."

WANITA....

Kelebihan wanita daripada Lelaki

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

Anak Perempuan lebih istimewa

1. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

2. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

4. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

5. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Kelebihan Ibu
1. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

2. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Kelebihan Taat Kepada Suami

1. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

2. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

3. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

Ibadah Wanita

1. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

2. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak.

1. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

3. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

5. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Monday, April 19, 2010

KENANGAN 18/4/2010

17&18hb 4 hari tu..ibu kene tahan wad...pukul 6 pagi sabtu, ibu sakit perut yang amat sangat...terasa memulas2...masuk keluar tandas, x jugak buang air...ibu tak tahan, terus kejutkan ayah yang kesedapan tido...mulanya, x sampai hati nak kejutkan..sebab ayah pon kakinya sakit...tp, ibu betul2 dah x tahan...dari sakit perut dah merebak ke sakit pinggang...mmg ada tanda2 nak bersalin ni...ibu terus kejutkan ayah...telefon nenek mintak datang jagakan anak ibu, luqman yang masih tidur...ayah terus bawa ibu g hospital...kesian ayah...kakinya berdenyut2 sebab banyak berjalan...ibu diperiksa...CTG,nengok gerakan zahra...10 minit sekali perut ibu mengeras...then, apa lagi..ibu diseluk...sakitnye..Allah je yang tahu...tapi, bukaan baru 1cm...belum nak bersalin...ibu terus dimasukkan wad...sampai ke petang, sakit perut ibu pon dah hilang...ibu pon dah boleh buang air...terus ibu minta kebenaran doktor untuk balik...hati ibu betul2 x senang memikirkan luqman dan ayah di rumah...ditambah keadaan ayah yang masih terdencut2 jalannye...ibu tahu, kalau ibu xde..memang makan minum ayah x terjaga...dia lebih rela makan biskut...roti..megi...luqman ibu x risau dah...nenek ada untuk menjaganya...cuma, rindu...ibu rindu sgt kt anak ibu tu...x pernah berjauhan apatah lagi berasing tidur...ibu cuba juga untuk minta kebenaran untuk balik pada malam tu...tp, nak buat camne...ibu kene tahan at least 24jam...jadi, esok tengahari baru ibu dpt balik...malam tu..ibu x dapat tidur...bukan sebab sakit perut..tapi teringatkan luqman dan ayah...dan, malam tu ibu terlelap ntah pukul brape...

Friday, March 12, 2010

OH! CAMERON HIGHLAND...

kenapa ek ibu nak sangat pegi CH?...kerana sejuknye ke..? atau kerana strawberinya..ataupun kerana ada taman/ladang bunga ros kt sana...heheheh..semua ibu suke..nengok dan dengar citer kawan-kawan yang dah pernah pegi sana...ibu sgt2 cemburu...terdetik dalam hati ibu... "senangnye korang nak pergi bercuti ek"... "banyaknye duit korang ek"... tp, yelah...rezeki masing2...mungkin, rezeki ibu untuk ke sana blum ada lagi...ayah kata, tunggu dia pencen nanti baru pergi...huhuhuhehehehhahahaha...antara ketawa kelakar atau ketawa sedih....

hanya link ni jek la tempat ibu 'mencuci mata' di CH...click la...

Friday, February 19, 2010

CINTA TANPA SYARAT...

ibu sangat terkesan dengan cerita daripada ustaz hasrizal ni...


Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat Itu

“Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau berdiri” saya mengomel.Naurah dan Imad berada di kerusi belakang.
Mereka berebut makanan yang saya beli semasa ke UTP sehari sebelumnya. Ada kerepek pisang tergantung di belakang.“Allah, lupa pula yang hari ini Yeop ada kelas Taekwondo” saya merungut sendirian semasa melihat murid-murid Khalifah Model School rancak berlari mengelilingi premis KMS dengan pakaian lengkap mereka.Kereta saya berhentikan di tepi jalan.Cuaca sangat panas.Pagi tadi saya demam panas. Mungkin keletihan yang berlebihan selepas memandu jauh dari Kuala Lumpur ke UTP di Sri Iskandar Perak dan kemudian pulang ke KL pada malam yang sama. Kuliah Zohor terpaksa saya batalkan.“Ummi habis kerja hari ini jam 5. Kalau ambil Yeop dulu pun tak apa” saya membaca sms yang isteri hantar.
Ada sejam lagi sebelum pukul 5. Cuaca yang panas menyebabkan saya bertindak pulang semula ke rumah.“Naurah, Imad, botol air tu bukankah ada dua. Tak perlu berebut. Nanti tumpah” saya menegur anak-anak yang tidak henti-henti berperang di belakang.
Telefon bimbit saya letakkan di tempat meletak cawan di kiri kerusi pemandu. Ia tempat biasa saya meletakkan telefon.“Ehh, apa yang basah ini?” saya sedikit terkejut melihat percikan air di gear kereta.Kesibukan jalanraya menyebabkan saya tidak berpeluang menoleh ke kiri dan kanan. Percikan air itu saya abaikan dan perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya.
Setibanya di rumah, saya mahu membaca sms berbaki.
Allahu Akbar!Seperti tidak percaya, Iphone berusia setahun lebih dan masih awet muda itu terendam di dalam tempat meletak cawan. Air mineral dengan jumlah hampir sebotol telah tersiram ke dalam bekas itu dan Iphone saya bergaya seperti kapal selam. Sebaik sahaja telefon itu dikeluarkan, tangan saya tersentak kerana terkena renjatan elektrik. Jika telefon lain, harus sahaja saya cabut baterinya segera untuk dikeringkan. Tetapi bagi Iphone yang baterinya berada di dalam, tambahan pula dengan wayar charger yang masih terlekat padanya, Iphone saya sudah Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!Semasa menoleh ke belakang, Naurah memerhatikan saya sambil tangannya masih memegang botol air mineral yang sudah kosong. Imad pula menunding-nunding jari ke arah kakaknya.“Kakak buat, kakak buat!” kata Imad.
Saya menelan air liur.Antara marah yang bersangatan dan sayang kepada anak yang tidak bersyarat, saya hanya mampu melepaskan satu keluhan yang sangat dalam untuk membuang segala tekanan.Marahlah anak.Tetapi jangan sampai melabelnya.
“Bodoh! Degil! Kamu memang macam itu!”Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.Saya mengurut dada, merenung tajam Naurah dan Imad dan mengekang lidah daripada menyebut apa-apa. Ketakutan mereka melihat renungan tajam saya, sudah memadai untuk hari itu.Saya membeli Iphone, sama seperti tujuan saya membeli telefon-telefon yang lain sebelumnya. Ia bukan untuk bergaya, tetapi saya yang sudah menggunakan PDA semenjak Palm V di tahun 1998 lagi, menggunakan seluruh fungsi yang ada di dalam telefon tersebut. Email, kalendar, Quran Search, Text and Bookmarking, Jadual Solat Satelit, Currency Converter, E-book, nota ceramah, kamera, Ipod, Safari Browser untuk internet, RSS Feed dan hampir 80% fungsi yang ada, kesemuanya saya gunakan dengan penuh optimum.Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!
Terkenang kembali kerja keras hingga hilang separuh nyawa untuk membelinya, RM2000 hilang sekelip mata.“Hari ini kalian Abi maafkan. Tetapi 10 tahun daripada sekarang Abi akan ceritakan kembali. Bukan untuk membalas dendam atau mengungkit-ungkit, tetapi sekadar mahu mengingatkan kamu sebagai remaja di hari itu, ada banyak kisah CINTA TANPA SYARAT seorang bapa dan ibu yang mungkin kamu telah lupa. Jangan mudah meremehkan ibu bapamu. Kalian mungkin lebih bijak dari ibu dan bapa. Tetapi mustahil kalian sebagai anak mampu bertanding dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa” saya mengomel sendirian.
“Ustaz, saya nak menjemput ustaz ke sekolah isteri saya di Putra Jaya pada 5hb akan datang. Ustaz berkelapangan?” tanya seorang ustaz semasa saya minum ringan selepas berceramah di Bangi.“Sekejap ya. Bagi saya periksa jadual terlebih dahulu!” saya menjawab.
Tangan meraba-raba poket.“Eh…” saya kebingungan.Thahurun Insya Allah…



Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!





Friday, February 12, 2010

27 MINGGU USIA MU SAYANG...


anak ibu ni, baru 27 minggu...

masih kecil tapi sangat aktif...ntah kan gerakan tangan atau tendangan kaki...selalu mengegarkan perut ibu...apa mahu mu sayang...sehingga kan tidur ibu tidak lena...jalan ibu termengah2...makan ibu mahu di muntahkan semula...jangan nakal ye sayang....

semalam, 11/2/2010...sakit pedih dada ibu datang semula...x tahan rasanya...ibu seperti mahu nangis...alangkah bagusnya jika ada ayah mu disisi...tp, abg mu LUQMAN BADRULAMIN..
seperti memahami...di gosok2nye dada ibu...alhamdullilah...

ibu x sabar nak berjumpa dengan anak ibu ni...xpe, lebih kurang 3 bln jek lagi kiter akan berjumpa...semoga anak ibu sihat sempurna...untuk bersatu bersama ibu, ayah dan abg luqman...

duduk diam2 tau kat dalam tu...jangan nakal...kita jumpe 9/5/2010 nanti...insyaAllah...

Tuesday, February 2, 2010

10 ASAS KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA...

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Monday, January 11, 2010

DUGAAN MU..YA ALLAH...




Hari ni..ibu dapat berita yang amat menggembirakan...ibu diterima masuk KPLI...dikehendaki mendaftar minggu hadapan...tapi, baru nak bergembira...dapat pulak berita sedih..dukacita dan x sedap telinga ini mendengarnya..."ibu mengandung tidak dibenarkan mendaftar"..


Ya Allah...setelah 6 tahun..ibu mencuba mohon KPLI ni, start dari 2004 selepas ibu grade...baru kali ini dapat tapi..x dibenarkan daftar pulak atas alasan ibu pregnant...

tak tahu samada nak nangis kesedihan atau kegembiraan...sedih kerana x dapat daftar..gembira kerana ibu xkan berpisah dengan anak ibu...tapi perasaan ibu lebih berat kepada sedih kerana x dapat daftar...Ya Allah...alhamdulillah jua kepadaMu...kerana Engkau sahaja yang Maha Mengetahui apa hikmah disebalik semua ini...

Namun...itulah rezeki...ibu tidak menyesalinya...redha adalah penenang hati ketika ini...kerana Allah telah mengurniakan ibu rezeki yang lebih berharga...satu nyawa yang sedang bernafas...yang sedang bergerak...yang sedang menanti masa untuk 'keluar'...dari rahim ibu... ALHAMDULILLAH YA ALLAH...........


Wednesday, January 6, 2010

SIAPAKAH AKU DI HATIMU....

Bagaikan Aisyah Mencipta cinta lelaki super
Petikan buku Bagaikan Aisyah di Hati Rasullulah

Dari dalam bas yang melalui jalan kampung sejam sekali, saya melihat pasangan tua yang sedang berjalan di tepi jalan kecil. Jalanraya yang sibuk tidak dipedulikan oleh kedua-dua pasangan suami isteri ini. Kenderaan yang bergerak laju tidak menimbulkan resah dalam hati mereka. Malah, pasangan tua ini sempat beramah mesra dengan penduduk kampung yang duduk di beranda rumah pada petang hari.Kemudian saya teringat cerita orang kampung. Mengenai pasangan tua yang melalui jalan ini setiap petang. Ketika waktu tengah hari terik, suami akan menolak kerusi roda isterinya. Manakala isteri pula memegang payung melindungi dirinya dari kepanasan.Suami tua ini tidak mengeluh dan ini yang dibuat setiap hari. Menolak kerusi roda isteri di tepi jalan yang sibuk dan meskipun pernah berlaku kemalangan di situ adalah perkara biasa kepada beliau.

Suami ini menolak kerusi roda isterinya dari rumah sehingga ke hujung jalan berdekatan pantai. Isterinya mahu melihat pantai setiap petang.
Setiap hari mereka bersarapan, pergi membayar bil, duduk di tepi pantai. Si suami sabar menolak kerusi roda isteri baik pada waktu tengah hari mahupun petang.
Menurut cerita orang kampung, anaknya sudah beberapa kali menasihati si ayah, tetapi ayahnya tetap berdegil mahu melakukannya. Beliau berhenti kerja bagi memberi tumpuan pada isterinya yang tidak mampu berjalan lagi.



Apabila tersiarnya foto ini dalam Facebook, ramai yang memberi komen.
“Sabarnya si suami.”
“Hebat.”
“Moga mendapat pengakhiran sebegitu.”
“Berapa ramai lagi yang mahu berbuat begitu?”
“Semoga suami saya dapat menjaga seikhlas hatinya.”
“Syahdu.”
“Inilah cinta sejati.”
“Alangkah sabarnya suami wanita itu.”
Komen Asniza Kamarulzaman menarik perhatian saya. Katanya, “Saya teringat komen seorang ahli forum di internet bernama Ummu Masyitah apabila saya ajukan soalan “Kenapa anda menyintai pasangan anda?”
Kata Ummu, “Rasanya saya sendiri tidak tahu jawapan ini sehinggalah telah melalui pahit manis kehidupan berumahtangga. Saya merasakan keikhlasannya apabial dia mengambil saya sebagai isteri.“Abang, sekarang sayang sudah tidak cantik. Abang pasti malu punya isteri sebegini” kata Ummu sewaktu suami menolak kerusi rodanya.Jawapan si suami ada pada hati dan terpancar pada wajah. Terlukis pada perilaku. Cukuplah sehingga hari ini, dia belum beristeri lagi dan menerima saya yang berkerusi roda ini seadanya.

Itu adalah suara rasa mereka yang melihat sekeping foto yang menceritakan segala-galanya mengenai lelaki tua bersama isterinya. Apa jua jawapan, saya meyakini apa jua jawapan yang diberi, pada mata lelaki tua yang setia menolak kerusi roda isterinya ini, beliau melihat isterinya bagaikan Aishah ketika muda dan pada waktu tuanya. Itulah keindahan yang dilihat lelaki tua ini.Keindahan itu tetap kekal dan terus menjadikan lelaki tua ini tetap setia dan bersedia memenuhi kehendak isteri yang mahu melihat matahari terbenam di tepi pantai.
Bayangan Aishah pada isterinya itu menjadikan lelaki tua ini berasa tidak gentar berjalan perlahan, melalui kesibukan kenderaan lalu lintas yang bakal cuai dan menyentuh tubuh dua orang tua yang tidak ada daya ini.
“Itu mungkin hanya melibatkan pasangan tua sahaja. Mereka sudah lama hidup bersama dan sudah kenal satu sama lain. Sudah pasti kemanisan cinta dan keindahan itu dapat dilihat oleh pasangan. Tidak bagi pasangan muda.”
Benarkah andaian isteri yang bagaikan Aishah hanya terlihat pada pasangan tua sahaja? Benarkah bayangan yang sama tidak dapat dilihat pada pasangan muda yang baru melalui alam perkahwinan?



Dalam proses menyiapkan buku Bagaikan Aishah di Hati Rasulullah, tuhan izinkan kami melihat pasangan-pasangan yang memenuhi karakteristik yang dikaji.




Pada satu hari, seorang isteri membelakangi suaminya agar tangan si suami dapat berpaut pada bahunya dari belakang. Tujuan isteri bagi membantu suaminya yang teruja mahu menimbang berat di sebuah kompleks membeli belah.Isterinya dan suami saling bergurau, sambil si isteri membantu suaminya berdiri, memapahnya ke mesin penimbang dan memastikan beliau duduk di kerusi roda. Masing-masing senyum dan ketawa. Ketika menolak kerusi roda di hadapan, masih jelas kedengaran gurau dan ketawa mereka.Tidak ada riak wajah isteri melihat suaminya sebagai beban. Mereka lupa keadaan itu. Si suami ada pilihan untuk berasa rendah diri dengan kekurangan yang dihadapi. Si isteri ada pilihan untuk berasa penat melayani karenah suami.
Mereka memilih bergembira terhadap apa yang mereka lalui. Rasa tenang dan hati yang lapang berhadapan situasi ini menjadikan hidup sebagai pasangan sebagai satu perkara indah.
Sekali lagi, apa jua komentar yang diberi pada kehebatan pasangan ini, pada mata lelaki itu beliau melihat isterinya bagaikan Aishah yang sabar setia melayani sama ada ketika sihat dan ketika sakitnya nabi. Keindahan itu jelas mengukir senyuman lelaki di kerusi roda.
Keindahan itu tetap kekal dan terus menjadikan lelaki ini tetap setia dan bersedia memenuhi kehendak isteri. Kesungguhan isteri menyempurnakan hidup mereka sebagai pasangan.
Bayangan Aishah pada isterinya itu menjadikan lelaki ini berasa tidak gentar melalui situasi tidak berdaya yang mungkin mengambil sedikit masa untuk sedia kembali normal.
Situasi ini mengingatkan saya kepada kata-kata Zaharin Yassin di Facebook. Katanya, Itu bukan cinta. Itu adalah kasih sayang. Ramai orang bercinta tetapi tidak ada kasih sayang. Kasih sayang mengatasi cinta. Cinta itu angin, dapat dirasa tetapi tidak nampak. Kasih sayang itu adalah awan. Jelas nampak tapi tidak terpegang.”

Bayangan Aisyah ada dalam diri setiap wanita. Ia terpamer melalui perbuatan yang nyata menyentuh hati kekasih hati. Sebahagian sudah terpamer jelas pada awal perhubungan. Sebahagian lagi terpamer sedikit demi sedikit apabila hidup mula melalui tempoh kematangan. Bayangan Aishah dalam diri kita mencipta superman dalam dunia cinta. Mereka punya kisah cinta tersendiri.

Kisah lelaki Superman satu

Isterinya terpaksa menerima hakikat, kakinya perlu dipotong kerana penyakit kencing manis yang dihidapinya. Dalam keadaan gembira punya nikmat sepasang kaki yang sempurna untuk berjalan meskipun perlahan, salah satu perlu berpisah dari tubuh.
Isteri yang sudah lanjut usia tidak mampu menahan rasa sedihnya. Emosinya adalah emosi orang tua yang mudah terusik dan lama untuk ditenangkan kembali.
Maka lelaki Superman datang menyelamatkan hatinya daripada terus dilanda kesedihan.
Lelaki Superman ini berhenti bekerja. Ada sedikit wang simpanan ketika bekerja. Mereka tinggal di rumah pangsa PPRT. Ya, superhero tinggal di rumah khusus untuk orang miskin.
Setiap petang lelaki Superman ini menemani isterinya berjalan jauh ke luar kampung, isterinya mahu melihat matahari petang di tepi pantai yang semakin jauh ditambak. Lelaki Superman ini berjalan menolak kerusi roda isterinya.
Suami ini berjalan hampir 45 minit, menolak perlahan kerusi roda isterinya agar ia tidak bergoyang-goyang semata-mata mahu memenuhi permintaan isterinya.
Hari itu, jalan utama ke pantai sedang dibaik pulih. Sukar untuk pejalan kaki melalui tepi jalan yang sibuk. Tetapi tidak bagi lelaki Superman ini.
Beliau pergi menggunakan jalan lebih jauh, berjalan di tepi lebuhraya negeri yang sibuk dengan kenderaan yang gila kelajuan. Tetapi lelaki Superman ini adalah superhero, apa pun tidak mustahil asalkan isterinya dapat melihat matahari petang di tepi pantai Limbongan.


Kisah lelaki Superman dua

Lelaki Superman ini adalah jiran saya. Kali terakhir saya temui ialah beberapa hari sebelum beliau menemui ajal dilanggar bas. Tubuh lelaki Superman ini kecil, kata orang tubuh ‘halus kecil melidi’. Jika beliau berdiri di sebelah saya, tingginya pada paras dada sahaja.
Lelaki Superman ini juga sudah pencen. Keperkasaan beliau lebih terserlah pada usia tua. Sama ketika zaman muda, sehingga umur tuanya, di mana sahaja beliau keluar bersama isteri, genggaman tangan mereka sangat erat. Meskipun berjalan ke pondok bas dan menaiki bas buruk kampung, genggaman ini sama sahaja seperti genggaman tangan pengantin baru ketika diarak ke pelamin.Tangan yang saling hangat tergenggam tidak ada lagi. Isterinya pergi dahulu meninggalkan beliau. Kemudian lelaki Superman ini juga menemui Tuhan dalam satu kemalangan. Bas kampung yang sedang berundur melanggar tubuh kecilnya dan bahagian bawah tubuhnya digilis tayar bas.Boleh jadi mereka bakal menggenggam tangan semula di syurga.Rumahnya kosong, setiap kali saya membuka tingkap, saya melihat rumah yang penuh warna-warni kehidupan lelaki Superman ini dan isterinya.

Kisah lelaki Superman tiga

Beliau adalah lelaki Superman yang miskin. Miskin kerana keluarga tidak bersetuju atas pilihan beliau memperisterikan gadis di kampung ini. Lelaki Superman ini sabar dengan karenah dan dugaan yang dihadapi. Sudahlah keluarga tidak suka, situasi belanja di rumah pun cukup-cukup makan sahaja.Tidak ada sesiapa yang membantu di kalangan keluarga mereka. Di rumah mereka ada satu periuk kecil. Periuk itu digunakan secara bergilir, mula-mula digunakan memasak air dan kemudian digunakan untuk memasak.
Adakah orang yang masih hidup dengan hanya satu periuk kecil di rumah?
Ya, masih ada.Lelaki Superman ini bersabar dan selalu menggembirakan hati isterinya. Padanya, kekayaan mereka adalah ketenangan yang mereka rasai dalam rumah itu. Lelaki Superman ini mula membuat pelbagai kerja dan berniaga.
Sedikit demi sedikit, dari satu periuk kecil, bertambah kelengkapan dapur. Kemudian segalanya lebih mencukupi. Melebih-lebih sehinggakan ada belanja untuk ahli keluarga yang pernah tidak menyukai mereka ketika zaman muda mereka dahulu.


Kisah lelaki Superman empat


Lelaki Superman ini punya wajah yang serius. Anak-anak dan isteri pun adakalanya gerun dengan bibir yang lurus tanpa emosi terpamer pada wajahnya. Tetapi, lelaki Superman ini tahu wajahnya yang serius itu mungkin meresahkan. Tetapi itulah wajah yang dikurniakan. Wajah itu yang menjadi tatapan isteri selama lebih 30 tahun.Lelaki Superman ini kurang bercakap. Tetapi ada satu perkara yang menjadikan dia hero di hati isterinya. Walaupun lelaki Superman ini sudah makan di luar kerana urusan kerja, belanja kawan-kawan atau pun pergi minum petang, lelaki Superman ini pasti menjamah masakan yang disediakan oleh isterinya tanpa menolak. Lelaki Superman menghargai apa yang dilakukan oleh isterinya meskipun perut sudah sendat kerana belanja rakan.

Apa pun, inilah lelaki-lelaki Superman. Ada yang sudah tua dan ada yang sudah meninggal dunia. Lelaki-lelaki Superman ini mempamerkan sisi hero yang tersendiri.Namun sisi hero mereka tidak akan kelihatan melainkan isteri menjadi bayangan Aishah yang menguatkan hati mereka.



Monday, January 4, 2010

HANYA ITU YANG IBU MAMPU SAYANG...

Kebelakangan ni..ibu selalu berfikir...seandainya di takdirkan...suatu hari, Allah mengambil ibu...bagaimana dengan luqman ye..siapa yang akan menjaga luqman..dapatkah pengganti ibu nanti menjaga luqman sama macam ibu menjaga luqman..kalau luqman sakit, siapa luqman nak peluk..kalau luqman nangis...pada siapa luqman nak bermanja minta dipujuk..kalau luqman jatuh..siapa nak bangunkan dan gosok tempat yang sakit...banyak 'kalau' yang ibu fikirkan...ibu menjadi sangat takut...ibu sedar kematian itu tidak akan lambat sesaat dan tidak akan cepat sesaat juga...ibu hanya mampu menadah tangan memohon pada Allah agar umur ibu dipanjang kan, diberi kesempatan untuk melihat anak ibu membesar...dengan tangan ibu sendiri..