Friday, December 4, 2009

HARGAI LAH DIA....

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.
Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.

Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan

Wednesday, December 2, 2009

KATA HATI KU...

Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini (saifulislam.com)

TAHAP TOLERANSI
“Hmm… ana menimbang-nimbang permasalahan yang sampai ke pengetahuan. Rasanya, kebanyakan kita mempunyai tahap toleransi sekadar lima tahun sahaja. Selepas lima tahun, mula berantakan, bermasam muka, tak bertegur sapa, malah membelakangkan semua hasil mahsul Tarbiyah hingga tergamak bermain kayu tiga,” saya memulakan kisah.
“Berat tu, ustaz. Apa penyelesaiannya?” Nasir kelihatan sedikit resah.
“Tidak semudah itu untuk memberi penyelesaian. Tetapi sekurang-kurangnya ustaz boleh cadangkan satu petua penting” saya menambah.
“Apa dia?” beliau bertanya.
“Kurangkan SEPATUTNYA di dalam hidup ini!” saya cuba membuat rumusan yang mudah saya dan Nasir ingat tatkala melayari kehidupan berumahtangga.
Mungkin pelik bunyinya.
Memang SEPATUTNYA adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita menetapkan matlamat, tetapi ia juga boleh menjadi racun yang memusnahkan kehidupan berumahtangga tatkala SEPATUTNYA menjadi sesuatu yang dipertahankan melebihi APA YANG PATUT.
“Sepatutnya, awak sebagai isteri kenalah…” ayat ini boleh dituturkan oleh sang suami dari pagi ke pagi.
“Awak sebagai suami, sepatutnya…” balas si isteri pula.
Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan. Jika di dalam Bahasa Inggeris, SEPATUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION. Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.
PEMIKIRAN IDEAL
Semasa mula berumahtangga, dengan pemikiran yang ideal tentang Bait Muslim, kita merancang pelbagai benda.
Misalnya, si isteri bercita-cita untuk si suami menjadi Imam Mithali dalam sebuah rumahtangga. Mengimamkan solat, memberi tazkirah dan membacakan hadith kepadanya setiap hari dan pelbagai impian yang indah lagi sempurna.
Bukan sahaja dalam soal ibadah dan amalan Islam di dalam rumahtangga, si isteri juga mahu suaminya menjadi seorang menantu yang diidam-idamkan oleh ibu bapanya. Menantu yang boleh diharap, yang pandai mengambil hati mertua dan terpercik pujian kepadanya kerana bijak menemukan calon suami yang begitu.
Itulah impiannya.
Impian yang kemudiannya mula memberanakkan pelbagai SEPATUTNYA di sepanjang pelayaran rumahtangga.
Suami pun sama juga.
Beliau mengidamkan sebuah kehidupan yang teratur, tidak perlu lagi bersusah payah ke dapur seperti di alam bujang yang serba kurang. Isteri dikahwini dengan 1001 harapan agar dapat berperanan dengan cemerlang, malah bayangan ibunya sendiri yang bermujahadah membesarkan beliau dan seisi keluarga menjadi kayu ukur untuk menilai pencapaian isteri yang dinikahinya itu.
Harapan.
Tempat kelahiran banyak SEPATUTNYA apabila satu demi satu harapan itu tidak kesampaian.
“Tapi ustaz, bukankah SEPATUTNYA itu perlu supaya kita boleh muhasabah tahap masing-masing?” soal Nasir kepada saya.
“Betul. Namun jika kita bercakap tentang soal survival rumahtangga, SEPATUTNYA itu juga memerlukan muhasabah yang khusus. Periksa balik dari semasa ke semasa, mungkin ada beberapa SEPATUTNYA yang perlu kita uzurkan. Terutamanya suami” saya menambah.
“Misalnya?” Nasir tidak puas hati.
KISAH TELADAN
“Macam yang anta katakan tadi, anta mengharapkan agar isteri anta menjadi menantu yang baik kepada ibu bapa anta. Namun selepas lima tahun berumahtangga, isteri anta masih tidak mesra dengan mertuanya. Tetapi dia masih seorang isteri yang baik. Bincangkanlah hal ini dengan isteri. Ruang untuk beliau membuat perubahan, memerlukan anta untuk mengundurkan beberapa SEPATUTNYA. Kalau anta masih mahu mempertahankan expectation di awal perkahwinan dahulu, takut-takut yang dikejar tidak dapat ketika yang dikendong berciciran. Reality check, kata orang kampung ana!” saya menyambung lagi.
“Hmm. Takut saya. Ustaz sendiri masa baru-baru kahwin macam mana ustaz amalkan bab SEPATUTNYA ini?” soal beliau.
“Di awal perkahwinan, kami tinggal berjauhan. Ana di Belfast dan isteri di Galway, kemudiannya Letterkenny. SEPATUTNYA selepas kahwin kami dapat bersama sepuas-puasnya, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Malah selepas mendapat tahu yang isteri mengandung, SEPATUTNYA ana yang turun ke Galway atau naik ke Letterkenny melawat isteri. Tetapi hujung minggu adalah kemuncak kesibukan ana. Maka Ummu Saif yang turun naik bas pergi ke Belfast dalam keadaan sarat mengandung. Apa nak buat?” saya membuka cerita.
“Tahan ke?” Nasir seakan-akan tidak yakin.
“Kami berkahwin semasa usia lebih kurang anta dan bakal isteri. Tidak sampai seminggu selepas akad nikah, Ummu Saif sudah memulakan rotation beliau sebagai doktor junior yang menjalani tempoh housemanship yang sangat menekan. Kerja separuh mati, balik rumah sudah tidak punya sisa tenaga untuk buat apa-apa. Sebagai suami, ana ada banyak SEPATUTNYA yang boleh ditimbulkan. Tetapi menyedari akan realiti, banyak SEPATUTNYA yang ana buang” saya mengimbau kisah lama.
“Misalnya?” soal Nasir.
“Ana kemas rumah, ana masak dan bawa makanan ke hospital. Dan jika dua-dua sudah terlalu letih untuk balik, kami bermalam sahaja di Doctor Rest yang sempit itu. Esok paginya ana bawa bekas-bekas makanan kotor itu balik ke rumah untuk dibasuh. Cuba untuk bahagia dengan keterbatasan yang ada,” saya berkongsi kisah dengan bakal suami doktor yang seorang ini.
“Sampai bila proses membuang SEPATUTNYA itu perlu dibuat?” Nasir cemas.
“Sampai MATI. Sampai terkambus di liang lahad!” saya menjawab ringkas.
“Suami sahaja?” Nasir gelisah.
PERAWAN MANJA
“Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? Manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?” saya cuba menyuntik semangat.
“Beratnya jadi suami. Mesti mampu sabar sampai ke mati!” ulas Nasir. Pendek.
“Sabar itu di permulaan sahaja. Insya Allah ia akan naik taraf menjadi redha” saya menokok.
“Susah saya nak bayangkan macam mana suami sabar dan redha sampai ke kubur” Nasir jujur memberitahu.
“Sebab itu ramai anak menjadi pening melayan ibu yang tua selepas kematian ayah!” saya terkenang kisah seorang teman.
“Kenapa?” Nasir tidak faham.
“Hebatnya seorang suami dan ayah, dia mengundurkan banyak SEPATUTNYA hingga dibawa ke kubur. Tolak ansur ayah itu menjadi pakaian yang menghijab kekurangan si isteri yang juga ibu kepada anak-anak mereka berdua. Apabila ayah sudah tiada, barulah kelemahan-kelemahan si ibu muncul menjadi ‘perangai’ yang meletihkan anak-anak. Lepas ayah mati, baru nampak rupa emak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.” saya mencukupkan penjelasan.
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka” [al-Baqarah 2: 186]
Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.
“Inikah maksudnya ERTI HIDUP PADA MEMBERI bagi seorang suami, ustaz?” tanya Nasir.
“Ya. Ia bukan slogan. Tetapi sumber kekuatan diri,” saya menyetujui beliau.
“Dari manakah kekuatan itu mahu dicari?” Nasir melangsaikan pertanyaan.
“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia” saya selesai berkongsi pandangan.
“Ustaz rasa saya mampu?” Nasir menoleh ke arah saya.
“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” saya tersenyum.
Kami sama-sama sepi.
Merenung hutan belantara yang luas terbentang di kiri dan kanan lebuh raya. Hutan tebal yang menyembunyikan 1001 isi dan rahsia, seperti sebuah perjalanan rumahtangga yang tidak diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari muka.



KATA HATI KU...

sangat bersetuju dengan artikel ni but...sebagai suami dan isteri...masing2 kena faham tanggungjawab masing2...dan adakalanya, fitrah wanita...ingin bermanja terutamanya dengan suami sendiri tidak dapat dielakkan...dan, para suami pula seolah-olah melupakan peranannya sebagai suami apabila sudah mendapat peranan baru sebagai ayah...apatah lagi, untuk kehidupan suami isteri yang duduk berjauhan...kenapa dahulunya, merajuk si wanita itu...terasa ingin dipeluk2nya...terasa ingin menggenggam jarinya sambil melafazkan kata2 maaf kerana telah melukakan hatinya...terasa ingin berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu...tetapi, sekarang...sesudah sah halal menjadi isteri...peluk,cium,berpegang tangan seolah2 perkara yang perlu dijauhi...aku merasakan, perkara ini di lalui hampir kesemua suami dan isteri di dunia ini... bukan SEPATUTNYA yang diharapkan...kerana TOLERANSI itu masih ada...tapi, persoalan timbul adalah..KEMANA PERGINYA 'SUAMIKU' YANG DAHULU?...aku juga tahu...tiada insan yang sempurna di dunia ALLAH ini namun TIDAK KASIHANKAH PADA ISTERI MU... tak terdetikkah di hatimu entah apa kesusahan, kesedihan, kepayahan yang dilaluinya sepanjang ketiadaanmu...ketidakhadiran dirimu sebagai seorang suami yang peranannya untuk melindungi isterimu..berkongsi segalanya...isteri ini faham dan mengerti situasi mu..situasi kita...dan kerana itu lah tidak selalu ditimbulkan SEPATUTNYA...namun, aku hanya manusia biasa....kadangkala teringin rasa dibalas atas 'rela' ku mengenepikan SEPATUTNYA itu...dan balasan itu, bukan ku harapkan intan permata..percutian ke sana sini...atau jambangan bunga mawar...aku hanya harapkan, datangi lah aku...peluk lah aku...sayangilah aku...peganglah tanganku...kerana aku isteri mu...

Friday, November 13, 2009

X PERNAH MENCUBA....

cuba kau dengar...cuba kau cuba..
diam bila ku cuba...tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada...bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara...setia ku mendengar...agar tenang kau merasa
Siapa sebenarnya aku padamu...mungkin sama dengan teman lain...yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain...kau pulang tuk dapatkan aku...itulah aku...padamu...
Cuba kau lihat...cuba kau cuba
renung ke mata aku...bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada...bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
Dan bila kau perlu...setia ku menunggu...agar senang kau merasa
Siapa sebenarnya aku padamu...mungkin sama dengan teman lain...yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain...kau pulang tuk dapatkan aku...itulah aku…
Maafkan kerana aku tak pernah terlintas tuk menulis pada mu...salahkah ku...tak mungkin lagi aku meminta, untuk kau mendengar..untuk kau melihat ke mataku...

Thursday, October 29, 2009

JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA...

Ketika pertama kujumpa denganmu...
Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih...
Takkan kecewakah kau pada diriku...
Takkan menyesalkah kau hidup denganku nanti...
Memang kau bukan yang pertama bagiku...
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu...
Dan kini semua kau katakan padaku...
Jangan ada dusta diantara kita kasih...
Semua terserah padamu aku begini adanya...
Ku hormati keputusanmu apapun yang akan kau katakan...
Sebelum terlanjur kita jauh melangkah kau katakan saja...
kasih..apapun adanya dirimu...aku akan selalu sayang padamu...

Friday, October 16, 2009

luqman akan dapat adik...

kandungan ibu baru masuk 10 minggu...lebih kurang 2 bulan...entah kenapa, dugaan mengandung adik luqman ni...sangat 'berat' jika dibandingkan dengan ibu mengandungkan luqman dulu..ibu tidak berasa yang ini adalah bebanan pada ibu, tapi ibu berharap yang susah payah ibu mengandungkan anak ke-2 ini...akan terbalas dengan anak-anak ibu yang sihat..yang pandai...yang cerdik..yang mendengar kata...yang soleh...yang solehah...besar kan harapan ibu?... semua ibu di dunia ni mengharapkan perkara yang sama...

dalam keadaan sekarang ni, ibu masih belum dapat membayangkan bagaimana keadaannye bila luqman sudah beradik nanti...sebelum ini, kasih sayang..bermanja..bergurau...semuanya tertumpu pada luqman seorang...dapatkah ibu berlaku adil...semua ibu mengatakan yang kasih sayang untuk anaknya semua sama...betul ke...dan ramai juga anak-anak yang mengadu bahawa ibu bapa mereka pilih kasih antara anak-anak mereka...ermm...ibu masih belum dapat memberi jawapannya kerana ibu masih belum memiliki anak ramai...cuma ibu berharap, luqman tidak akan rasa terpinggir dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kecil kita ini...dan, ibu akan pastikan perkara itu tidak akan berlaku...kerana..ibu sayangkan anak-anak ibu...

seperkara lagi, yang sangat2 menggangu fikiran ibu..entah bila ayah luqman dapat bertukar tempat kerja di Melaka ni...hanya Allah sahaja yang tahu...

Friday, August 21, 2009

PELUK LUQMAN SETIAP HARI!!!!

Membesarkan anak adalah pengalaman berharga buat mereka yang bergelar ibu bapa. Melalui proses sejak kecil sehingga menuju kedewasaan, orang tua bakal berdepan pelbagai pengalaman.
Kata bijak pandai, acuan yang baik diasaskan ketika anak masih kecil kerana ia bakal menjurus kepada pembentukan seterusnya. Bahkan, ada yang mengatakan proses pembentukan terbaik adalah ketika masih dalam kandungan kerana di situ bermulanya asas terbaik.
Namun, ramai yang mengeluh kerana sikap anak-anak kini yang di luar kawalan disebabkan pengaruh rakan sebaya yang boleh menggoyahkan disiplin diri.
Justeru, renungkan pelbagai kaedah berikut yang boleh membantu dari segi pembentukan diri anak:


# Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.
# Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
# Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
# Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
# Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).
# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
# Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).
# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
# Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
# Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
# Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.
# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
# Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.
# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
# Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
# Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Saturday, July 18, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN..LUQMAN BADRULAMIN

anak ibu dah 2 tahun la....Alhamdulillah....anak ibu sihat, aktif, pandai, cerdik....semoga luqman menjadi anak yang baik...mungkin ibu bukanlah 'ibu' yang terbaik untuk luqman...tapi ibu akan cuba...seboleh mungkin ibu nak luqman dapatkan yang terbaik...terasa masih panas perut ibu lahirkan luqman...cepat betul masa berlalu...dari luqman hanya terbaring menangis sehinggalah sekarang..dah pandai berlari...dah pandai panggil ibu...walaupun hanya 'bu' jek yang keluar...tp, ibu tetap gembira....ibu sayang luqman...selamat hari ulang tahun sayang...: 15/07/09~2 tahun.
















Layanan Terbalik Ibu Bapa Yang Pelik (saifulislam.com)

“Kamu ni tak faham-faham ke? Berapa kali emak nak cakap, emak ni penat!”, tengking seorang ibu kepada anaknya. Jari telunjuknya tajam mencucuk-cucuk dahi anaknya yang berusia dalam lingkungan lima ke enam tahun. “Kamu buat apa di sini? Balik!”, herdik seorang bapa kepada anak remajanya yang sedang duduk berbual bersama kawan sekelasnya. Ayat-ayat ini adalah habuan telinga yang biasa mengiringi kita menuju dewasa. Jika tidak diri sendiri yang jadi mangsa, kawan-kawan di sekeliling biasa mengalaminya.

Entah kenapa, saya cukup tidak tahan melihat ibu bapa yang marahkan anak, terutamanya jika marah itu tidak kena cara. Saya akui, ibu bapa saya bukanlah jenis yang begitu, maka mungkin saya tidak biasa dengannya. Tetapi apakah saya jadi ganjil kerana tidak biasa dengan cara begitu? Sebaliknya yang normal itu ialah pada menerima, bahawa itu merupakan cara mendidik anak-anak.Saya bukan mahu bercakap tentang wajar atau tidak herdik dan tengking menjadi bahasa pilihan antara ibu bapa dan anak. Tetapi kali ini saya mahu muhasabah tentang ibu bapa yang lupa melihat kekerdilan juga kedewasaan anaknya.


LAYAN CARA KECIL ATAU DEWASA


Anak kecil dilayan seperti orang dewasa, anak yang sudah dewasa dilayan seperti budak kecil. Lantas layanan itu hanya menyemai bibit benci dan dendam anak-anak kepada ibu bapa.
Apa yang seorang anak berusia lima tahun faham, tentang keletihan dan stress seorang ibu yang baru pulang kerja selepas bergaduh dengan majikan? Seorang anak berusia lima tahun hanya faham satu perkara, iaitu ibu adalah ratu hatinya. Tempat dia mencari perhatian, kasih dan sayang. Maka anak-anak di usia lima enam tahun itu mengikut naluri yang betul apabila cuba bermesra dengan ibu dan bapanya. Dia tidak faham keletihan dan kerunsingan seorang ibu dan bapa. ibu dan bapa adalah hero mereka. Maka mereka hanya mengharapkan ibu dan bapa yang sentiasa bersedia membantu mereka. Anak-anak itu mahu berkongsi cerita, kisah gurau sendanya dengan kawan-kawan di sepanjang hari persekolahan. Tiba-tiba bapa melenting marahkan anak, “kamu tidak tahukah aku penat?”Bagaimanakah akal seorang anak berusia lima tahun menafsirkan herdikan yang begitu?..Sesungguhnya itulah ibu bapa tempang yang belum dewasa dalam menghayati naluri manusia, anaknya sendiri.

NASIB ABANG DAN KAKAK


Selalu juga berlaku di dalam sebuah keluarga, anak sulung sama ada Abang Long atau Kak Long, sentiasa disuruh mengalah kepada adik. “Bagilah benda tu kat adik kamu. Kamu dah besar. Dia budak lagi”, marah ibu atau bapa kepada anak. Anak sulung sering disuruh mengalah.
Tetapi jangan kita lupa, ketika anak sulung dimarah, dia sedang berada pada usia intensif pembentukan identiti dan emosi. Identitinya perlu dibangunkan, dan emosinya perlu dibentuk. Sedangkan si adik kecil yang mahu dimenangkan itu belum faham apa-apa. Maka kesilapan kita ketika marah, impaknya pergi kepada anak yang telah faham maksud kecil hati dan dendam itu.
Marah boleh marah, tetapi janganlah sampai tiada didikan dalam kemarahan itu.
Akhirnya anak sulung menjadi taat mengikut arahan. Bukan kerana jadi baik, tetapi kerana rendah keyakinan diri.

Sikap melampau ibu bapa memenangkan anak kedua, menjadi anak sulung membesar dengan inferiority complex, manakala si adik pula terus membesar dengan superiority complex. Rosak kerana dimanjakan hingga tidak belajar mengikut arahan. Si sulung terlebih menerima arahan, yang adik terlebih mendapat kelebihan. Apatah lagi anak yang sudah meningkat remaja. Sudah faham erti maruah diri, tiba-tiba marah kita memalukan dia di depan kawan-kawan. Ia langsung tidak mendidik malah hanya mencetuskan dendam. Janganlah buat anak remaja kita macam budak-budak. Jangan juga anak kita yang masih budak, dilayan seolah-olah dia sudah besar remaja.


“Bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. Tetapi kuat dan tegas yang sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah” – Al-Hadith

Ya ALLAH...jadikan lah aku ibu yang baik untuk anak ku...amin...

Monday, June 22, 2009

VERY SAD DAY...

minggu yang menyedihkan.......

pertamanya....hari bapa yang x di sambut kerana tiada lagi insan yg dipanggil 'ayah'......walaupun adik-adik ibu, pada luarannya nampak bersahaja...nampak seperti biasa...tapi ibu tahu yang mereka juga rasa apa yang ibu rasa....sakit,pedih,perit...yang x mampu nak digambarkan dengan perkataan....6 tahun sudah berlalu...tp, masih rasa macam baru sangat pemergian arwah ayah ibu... masih terasa segar semua kenangan bersamanya...cuma, ibu seakan-akan telah melupai wajah atuk luqman.....ibu x dapat nak membayangkan bagaimana wajahnya buat kali terakhir... sesuatu yang menyedihkan pabila seorang anak tidak dapat menatap,melihat,mencium jenazah ayahnya...ibu x diberi kesempatan itu...Allah mengambil atuk luqman tanpa seorang pun anaknya dapat menghadap...tanpa pesan...tanpa apa-apa...ibu cuma dapat mendengar perkhabaran dari telefon sahaja..pada pukul 10 pagi...dan flight ibu hanya ada pada pukul 7 malam...ibu nangis sampai dah tiada air mata... itulah takdir ibu sebagai seorang anak... nenek luqman beritahu ibu..."muka ayah senyum jek..tenang..macam orang sedang tidur"...tp, sampai sekarang, ibu masih tercari2 gambaran itu...seandainya ibu tahu tentang kepergian atuk... ibu akan peluk dia puas2..ibu akan cium2 dia...dan, ibu xkan pulang ke unimas...kerana di klia lah... tempat terakhir ibu bertemu ayah ibu...tp, itulah namanya takdir...kita hanya insan biasa... kita hanya hambaNya...dia berhak mengambil apa2 sahaja daripada kita...namun, ibu x pernah lupakan dia...dia adalah ayah yang terbaik di dunia ini...semoga luqman juga mendapat ayah yang terbaik di dunia ini...

keduanya...perihal adik ibu...pakcik luqman...entah bile hendak berubah..entah sampai bile dia hendak berperangai macam ni..ibu sedih sgt...sejahat2 mana pon dia...dia tetap adik ibu.. kami dilahirkan dari rahim yang sama...dibesarkan dirumah yang sama...dan ibu masih x paham kenapa dan apa puncanya dia jadi begitu...mungkin pengaruh kawan tp mungkin juga perhatian semasa dia kecil...sgt kurang...ibu kesiankan dia...mungkin dia juga x mahu hidup dia begitu... macamana ye ibu nak bantu dia....

ketiganya...result KPLI ibu dh kluar...dan.....ermmm...entah lah...ibu mmg dah ditakdirkan untuk bekerja disini selamanya agaknye......terasa sangat semua usaha ibu sia-sia...duit yang dibelanjakan untuk belajar dari sekolah menengah kemudian matrik kemudian unimas... semuanya merugikan...ibu merasakan sangat tidak berguna....dan ini membuatkan ibu sgt2 sedih...ibu seolah tidak diberi peluang utk memperbaiki hidup ibu...itu negatifnya...dan ibu berfikir semula...mungkin betul kata2 ayah luqman....'ada hikmah disebaliknya'... dan, mana tau...agaknye..kalau ibu dapat KPLI ni, ibu akan dihantar ke pedalaman sabah...terpaksa berpisah dengan luqman...dengan ayah...dengan nenek...dan ibu seakan tersedar... tanggungjawab guru itu sgt berat...mungkin Allah tidak mahu ibu menanggung tangunggjawab itu kerana hidup ibu kini juga sudah begitu banyak tanggungjwab dan terlalu banyak perkara dalam keluarga ibu yang masih belum dapat ibu selesaikan...seharusnya, ibu perlu lebih bersyukur...kerana kerja ibu skarang pun tidaklah teruk sangat...cuma bukan KERAJAAN...
hmmmmmm...ibu akan fikirkan lagi yang positif2....

keempat...berkenaan UTEM yang masih belum lagi memanggil ayah luqman...satu perkara yang ibu benci tentang kerajaan...inilah dia.. sgt mementingkan kroni...ada kabel besar...baru boleh mintak kerja...masalahnye..ayah luqman bukannye nak mintak kerja...cuma mahu minta bertukar sahaja...kesian ayah...kesian ibu...kesian luqman... kerana 'kecerdikan' orang2 atasan ini...kita yang dibawah menjadi mangsa...sedangkan...kata mereka...berkhidmat untuk rakyat... namun, atas macamana pon mereka...ada yang lebih atas lagi...dan kite sume mesti meminta kepada yang paling atas itu...agar ayah luqman dapat bertukar segera ke UTEM...dengan izinNya...

kelima...keenam..ketujuh...memang ada... cuma, yang selebihnya tu...biarlah menjadi rahsia hati ibu...cukuplah hanya DIA yang tahu....

Monday, May 25, 2009

Pandai pun...

hari ni...ibu betul2 takde mood nak pergi kerja...mungkin penat semalam pergi kenduri kahwin kawan ayah di Kluang tak abis lagi...nak-nak, ibu kene migrain...

ibu cube pujuk ayah...suruh ayah MC je..tp, ayah xnak...katanya, nak training...

ibu sedih...ibu rasakan yang ayah hanya pentingkan kawan-kawan dia dan training dia...langsung tak pentingkan ibu...ibu merajuk...

TAPI...

sebelum ayah balik..ayah sempat pujuk ibu...sambil peluk...ayah kata, ayah akan cuti hari jumaat nanti..so, hari khamis dah jumpe balik...ermmm...mesti la ibu suka...terus rasa berbunga-bunga....

tak susahkan nak pujuk ibu....pandai pun....:D

Wednesday, April 29, 2009

KEKASIH YANG TAK DIANGGAP KEKASIH...

Aku Mentari...Tapi Tak Menghangatkanmu..
Aku Pelangi...Tak Memberi Warna Dihidupmu...
Aku Sang Bulan...Tak Menerangi Malammu...
Aku lah Bintang...Yang Hilang Ditelan Kegelapan...
Selalu..Itu Yang Kau Ucapkan Padaku...
Sebagai Kekasih Yang Tak Dianggap..
Aku Hanya Bisa...
Mencuba Mengalah....
Menahan Setiap Amarah...
Sebagai Kekasih Yang Tak Dianggap..
Aku Hanya Bisa...
Mencuba Bersabar...
Ku Yakin Kau Kan Berubah....

Tuesday, April 28, 2009

MAHALNYA UNGKAPAN ITU....

23/12/2005
3:30 pm

"Aku terima nikahnya KARTINI BINTI JAMIL dengan mas kahwin 80 ringgit tunai"...

Alhamdulillah...akhirnya kartini telah menjadi isteri yang sah...yang halal kepada asharul akhmal...ibu menitis air mata kegembiraan..hari itu, ibu telah mendapat seorang suami, kekasih, kawan, teman, boyfriend yang sangat ibu cintai...yang sangat ibu sayangi...yang sangat ibu kasihi... Ayah mengucup dahi ibu...tanda tulus kasih setelah bergelar suami isteri...sungguh syahdu...

"ku mencintaimu...lebih dari apa pun..." itulah ringtone yang ibu gunakan khas untuk ayah... memang ibu mencintai ayah luqman lebih dari segalanya...lebih dari ibu cintakan diri ibu sendiri...

ayah dan ibu tinggal berjauhan...hanya berjumpa pada hari sabtu dan ahad...setiap kali bertemu...bersalaman, pelukan dan kucupan tidak pernah dilupakan...begitu juga pada setiap kali ingin berpisah...ia sudah menjadi rutin...sudah menjadi kebiasaan ibu dan ayah..

namun rutin itu seperti diabaikan...dan ianya disebabkan...keegoan, pada pandangan ibu...pagi 27/4/2009...takkan ibu lupakan...hati ibu sebenarnya menjerit-menjerit...fikiran ibu membayang-bayangkan...

"sinilah ayangku...abang nak peluk...kan kita nanti seminggu tak jumpe"

tapi...bukan itu yang berlaku...kami seperti orang asing....pagi itu sungguh dingin walaupun air mata ibu hangat mengalir...pagi itu berlalu tanpa ibu dipeluk...tanpa pipi ibu dikucup...tanpa dahi ibu dicium...tanpa pesanan jaga diri...tanpa ucapan i love u...seperti rutin selalunya....sungguh aneh perasaan itu...sungguh menyedihkan...

ibu teringat perbualan ibu dan ayah...sehari sebelum itu... ayah kata, dah kahwin ni seronok... kenapa? ibu tanya.... jawab ayah, ye la... kalau merajuk dapat peluk2...dapat pegang tangan nak pujuk.... ibu tersenyum...hati ibu sangat berbunga-bunga....

tapi, merajuk ibu...tidak dipujuk begitu...merajuk ibu...dibalas dengan merajuk juga di pihak sana.. merajuk ibu..tidak dipeluk...merajuk ibu tidak di pegang tangan...

seperti orang asing kan... seperti kekasih yang tak dianggap...

ibu mengaku...mungkin rajuk ibu seperti 'over the limit'... tp, sebenarnya...ia menjadi 'over the limit' begitu...kerana ia tidak dipujuk seperti yang sepatutnya pasangan berkahwin lakukan.... tubuh ibu tidak dipeluk seolah-olah tubuh ibu dikerumuni cacing kerawit...sungguh menjijikkan.... tangan ibu tidak dipegang seolah-olah ia ada penyakit kulit berjangkit...sungguh menggelikan... wajah ibu tidak dipandang seolah-olah ibulah manusia terhodoh di dunia....
sungguh memualkan...

"kenapa ayangku...kenapa ayangku sedih..." sungguh mahal ungkapan itu..

Monday, March 16, 2009

shhhh...........

kadangkala..berdiam diri itu lebih baik dari berbicara tetapi tiada orang yang ingin mendengar.......