Friday, February 19, 2010

CINTA TANPA SYARAT...

ibu sangat terkesan dengan cerita daripada ustaz hasrizal ni...


Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat Itu

“Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau berdiri” saya mengomel.Naurah dan Imad berada di kerusi belakang.
Mereka berebut makanan yang saya beli semasa ke UTP sehari sebelumnya. Ada kerepek pisang tergantung di belakang.“Allah, lupa pula yang hari ini Yeop ada kelas Taekwondo” saya merungut sendirian semasa melihat murid-murid Khalifah Model School rancak berlari mengelilingi premis KMS dengan pakaian lengkap mereka.Kereta saya berhentikan di tepi jalan.Cuaca sangat panas.Pagi tadi saya demam panas. Mungkin keletihan yang berlebihan selepas memandu jauh dari Kuala Lumpur ke UTP di Sri Iskandar Perak dan kemudian pulang ke KL pada malam yang sama. Kuliah Zohor terpaksa saya batalkan.“Ummi habis kerja hari ini jam 5. Kalau ambil Yeop dulu pun tak apa” saya membaca sms yang isteri hantar.
Ada sejam lagi sebelum pukul 5. Cuaca yang panas menyebabkan saya bertindak pulang semula ke rumah.“Naurah, Imad, botol air tu bukankah ada dua. Tak perlu berebut. Nanti tumpah” saya menegur anak-anak yang tidak henti-henti berperang di belakang.
Telefon bimbit saya letakkan di tempat meletak cawan di kiri kerusi pemandu. Ia tempat biasa saya meletakkan telefon.“Ehh, apa yang basah ini?” saya sedikit terkejut melihat percikan air di gear kereta.Kesibukan jalanraya menyebabkan saya tidak berpeluang menoleh ke kiri dan kanan. Percikan air itu saya abaikan dan perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya.
Setibanya di rumah, saya mahu membaca sms berbaki.
Allahu Akbar!Seperti tidak percaya, Iphone berusia setahun lebih dan masih awet muda itu terendam di dalam tempat meletak cawan. Air mineral dengan jumlah hampir sebotol telah tersiram ke dalam bekas itu dan Iphone saya bergaya seperti kapal selam. Sebaik sahaja telefon itu dikeluarkan, tangan saya tersentak kerana terkena renjatan elektrik. Jika telefon lain, harus sahaja saya cabut baterinya segera untuk dikeringkan. Tetapi bagi Iphone yang baterinya berada di dalam, tambahan pula dengan wayar charger yang masih terlekat padanya, Iphone saya sudah Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!Semasa menoleh ke belakang, Naurah memerhatikan saya sambil tangannya masih memegang botol air mineral yang sudah kosong. Imad pula menunding-nunding jari ke arah kakaknya.“Kakak buat, kakak buat!” kata Imad.
Saya menelan air liur.Antara marah yang bersangatan dan sayang kepada anak yang tidak bersyarat, saya hanya mampu melepaskan satu keluhan yang sangat dalam untuk membuang segala tekanan.Marahlah anak.Tetapi jangan sampai melabelnya.
“Bodoh! Degil! Kamu memang macam itu!”Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.Saya mengurut dada, merenung tajam Naurah dan Imad dan mengekang lidah daripada menyebut apa-apa. Ketakutan mereka melihat renungan tajam saya, sudah memadai untuk hari itu.Saya membeli Iphone, sama seperti tujuan saya membeli telefon-telefon yang lain sebelumnya. Ia bukan untuk bergaya, tetapi saya yang sudah menggunakan PDA semenjak Palm V di tahun 1998 lagi, menggunakan seluruh fungsi yang ada di dalam telefon tersebut. Email, kalendar, Quran Search, Text and Bookmarking, Jadual Solat Satelit, Currency Converter, E-book, nota ceramah, kamera, Ipod, Safari Browser untuk internet, RSS Feed dan hampir 80% fungsi yang ada, kesemuanya saya gunakan dengan penuh optimum.Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!
Terkenang kembali kerja keras hingga hilang separuh nyawa untuk membelinya, RM2000 hilang sekelip mata.“Hari ini kalian Abi maafkan. Tetapi 10 tahun daripada sekarang Abi akan ceritakan kembali. Bukan untuk membalas dendam atau mengungkit-ungkit, tetapi sekadar mahu mengingatkan kamu sebagai remaja di hari itu, ada banyak kisah CINTA TANPA SYARAT seorang bapa dan ibu yang mungkin kamu telah lupa. Jangan mudah meremehkan ibu bapamu. Kalian mungkin lebih bijak dari ibu dan bapa. Tetapi mustahil kalian sebagai anak mampu bertanding dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa” saya mengomel sendirian.
“Ustaz, saya nak menjemput ustaz ke sekolah isteri saya di Putra Jaya pada 5hb akan datang. Ustaz berkelapangan?” tanya seorang ustaz semasa saya minum ringan selepas berceramah di Bangi.“Sekejap ya. Bagi saya periksa jadual terlebih dahulu!” saya menjawab.
Tangan meraba-raba poket.“Eh…” saya kebingungan.Thahurun Insya Allah…



Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!





Friday, February 12, 2010

27 MINGGU USIA MU SAYANG...


anak ibu ni, baru 27 minggu...

masih kecil tapi sangat aktif...ntah kan gerakan tangan atau tendangan kaki...selalu mengegarkan perut ibu...apa mahu mu sayang...sehingga kan tidur ibu tidak lena...jalan ibu termengah2...makan ibu mahu di muntahkan semula...jangan nakal ye sayang....

semalam, 11/2/2010...sakit pedih dada ibu datang semula...x tahan rasanya...ibu seperti mahu nangis...alangkah bagusnya jika ada ayah mu disisi...tp, abg mu LUQMAN BADRULAMIN..
seperti memahami...di gosok2nye dada ibu...alhamdullilah...

ibu x sabar nak berjumpa dengan anak ibu ni...xpe, lebih kurang 3 bln jek lagi kiter akan berjumpa...semoga anak ibu sihat sempurna...untuk bersatu bersama ibu, ayah dan abg luqman...

duduk diam2 tau kat dalam tu...jangan nakal...kita jumpe 9/5/2010 nanti...insyaAllah...

Tuesday, February 2, 2010

10 ASAS KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA...

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.