Tuesday, December 23, 2008

HEPI ANNIVERSARY FOR ME & MY HUBBY!!

hari ni 23/12/08...hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke-3...semoga ALLAH sentiasa melindungi keluarga kita...semoga ALLAH akan terus melimpahkan kasih sayang dalam perhubungan ibu dan ayah...semoga ibu dan ayah akan terus 'bercinta' walaupun sehingga kulit sudah berkedut dan rambut sudah memutih...semoga ibu akan terus dipanggil 'ayang' dan ayah akan terus dipanggil 'abang' dan bukannya 'maknye-ayahnye' atau 'saya-awak' atau 'kau-aku', walaupun anak cucu sudah berderet2 nanti...dan...semoga ayah dapat tinggal bersama ibu dan luqman untuk selamanya....ameen...

petikan dari artikel di saifulislam.com....
”Ahh, penatnya kan Umi?”, saya menoleh kepada isteri. Dia hanya tersenyum.
”Kenapa?”, saya bertanya.
”Salah ke senyum?”, tanya isteri saya.
”Bukanlah salah. Tetapi lain macam pula senyumnya!”, saya ketawa.
”Dulu abang… dulu Yang. Sekarang tinggal Abi dengan Umi”, kata isteri saya.
”Okay la tu. Atau kita nak tukar kepada Maknya dan Paknya?”,
saya berseloroh.Kami ketawa.
Tetapi dalam tawa, hati tetap berkata-kata.
Masa berlalu begitu pantas. Dari hari pertunangan melangkah ke jinjang perkahwinan, Belum puas berdua bercinta, rumah diseri dengan cahaya mata. Itu rezeki dari-Nya.
Anak satu… anak dua… anak tiga… begitulah kehidupan saya dan isteri berkembang, seiring dengan peredaran masa dan pertambahan usia.
Semasa baru berumahtangga, segalanya indah. Ia suatu peningkatan dan pencapaian dalam kehidupan. Keindahan itu berubah kepada suatu keadaan baru dengan ketibaan cahaya mata kurniaan Allah. Hanya Dia yang Tahu betapa hebatnya perasaan saya dan isteri semasa mendukung anak buat kali pertama.
”Kita kini bertiga!”, saya tersenyum.
Dari dua menjadi tiga, kemudian empat dan kini lima.
Ia suatu kebahagiaan. Sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan yang melangkah ke alam perkahwinan.Namun kadang-kadang kita terlupa.
Dalam sebuah rumahtangga itu bukan hanya ada Abi dan Umi, bukan hanya ada Paknya dan Maknya. Rumahtangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.
Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam.Suami melihat isteri sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Isteri pula melihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata tumpuan kasih dan cinta mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam sebuah rumahtangga.


JEMU?
”Kenapa anta buat macam tu. Tak sayang isteri ke? Apa salah dia?”, saya bertanya kepada seorang rakan. Beliau memasang cinta kedua, di belakang isteri yang suatu ketika dahulu digila-gilakannya.”Hmm.. entahlah!”, katanya lesu.”Anta sudah tak sayangkan dia lagi ke?”, saya mencari kepastian."Tak juga. Tetapi… jemu barangkali!”, jawabnya dengan suara yang lemah.
Saya tergamam.
Alasannya senang sekali… isteri dan anak-anak yang sempurna itu tidak lagi mendatangkan bahagia, atas sebab yang mudah… JEMU.
”Hey… jemu anta kata? Habis dengan orang baru tu, anta tak akan jemu ke suatu hari nanti? Hari ini seronoklah, segala-galanya cinta. Tanggungjawab belum masuk dalam cerita”, saya panas hati.Biar pun saya terganggu dengan kisah rakan yang seorang ini, tetapi saya sendiri mengambilnya sebagai peringatan.
Bahawa di dalam sebuah rumahtangga pasangan beranak tiga, ibu bapa dan anak-anak bukanlah segalanya. Selama mana sekali pun bahtera rumahtangga belayar, suami dan isteri tetap ada.
Jangan dibiarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian yang demikian.
Hari ini, saya dan isteri mengambil cuti. Anak-anak tinggal di sekolah dan nursery hingga petang. Sepanjang hari ini, saya dan isteri keluar makan bersama, tanpa Saiful Islam, tanpa Naurah Sabihah dan tanpa Muhammad Imaduddin.Semuanya kerana, dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri, dan hari ini adalah hari untuk kami berdua..
Kerana MASIH ADA CINTA…


Tuesday, December 16, 2008

emosi vs logik

hari ni..ibu dapat 1 'ilmu'...seorang 'kawan' ibu..meluahkan kesedihan hatinya sebagai suami terhadap isterinya...yang tidak pulang ke rumah kerana merajuk hati...pada dasarnya, ibu dapat rasakan...ada 'sesuatu' yang begitu melukakan, menyedihkan atau merobek-robek hati si isteri itu sehingga menyebabkan dia tidak mahu lagi berjumpa dengan suaminya...kasih sayang dia telah bertukar menjadi kebencian yang amat sangat...tetapi, si suami tetap mengatakan TIADA APA2 yang telah dia lakukan yang boleh menyebabkan isterinya membencinya sebegitu rupa sehingga minta dilepaskan!!!....



ibu terfikir dan berfikir...betapa perkahwinan ni begitu rumit...perasaan pasangan perlu dijaga setiap masa...especially, pada perempuan,seperti ibu...mungkin pada kaum adam...sesetengah perlakuan, percakapan, perbuatan dan tingkah laku mereka adalah BIASA namun bagi kaum hawa...ianya BUKAN BIASA...ianya sesuatu yang menyakitkan...begitu melukakan hati... itu adalah fitrah...hati kaum hawa, perempuan,isteri...sangat lembut..mudah tersentuh...mudah tersinggung...mudah mengalirkan air mata...dan perasaan ini, bagi ibu sangat mendalam kesannya JIKA tidak dicari jalan penyelesaiannya...



kaum adam..lelaki...mmg fitrahnya suka ambil mudah setiap perkara...bagi mereka, untuk apa memeningkan kepala pada benda-benda remeh-temeh...adakah remeh kalau seorang suami berkata pada isteri bahawa isterinya 'barua' pada bos kerana terlalu sibuk dengan kerja di pejabat???...ataupun...adakah sesuatu yang dipandang ringan, sekiranya si isteri yang terkocoh2 hendak menyiapkan anak, mengiron baju sendiri, baju suami...pastikan kipas,tv, lampu rumah di off...bawak bekal susu anak...kemudian di sindir suami dengan mengatakan si isteri terhegeh2 untuk ke kenduri kahwin...sedangkan si suami...langsung tidak hulurkan bantuan, hanya menunggu di dalam kereta!!!....lidah itu lebih tajam dari pedang....



merajuk...bukan senjata isteri untuk menyerang suami...tetapi, merajuk merupakan satu cara isteri menunjukkan betapa terlukanya dia...betapa sakitnya hati dia...betapa sedihnya dia diperlakukan begitu oleh si suami....PUJUKAN adalah penawarnya...kata-kata MAAF dapat menyembuhkan luka2 tersebut...selalunya...kaum adam...suka membiarkan kaum hawa dengan dunia rajuknye sendiri...entah apa yang di fikirnya... si isteri mengada2... macam budak kecil... malas nak layan...dan mungkin bermacam2 lagi....alaa...kejap lagi ok la tu...mungkin itu bisik hati kecil si suami...tapi, ketahuilah...memang si isteri itu akan ok...baik...kembali tersenyum seperti biasa...kerana apa??... DIA SEDANG MEMUJUK HATINYA SENDIRI... namun, setiap yang terluka pasti ada kesannya...pasti ada parut...parut yang tidak di rawat..esok lusa...sangat mudah untuk berdarah semula...walaupun dengan perkara kecil...sangat mudah....



oleh itu...pada fikiran ibu, untuk kes 'kawan' ibu itu...ibu rasakan... betapa isterinya telah memujuk dirinya sendiri selama 25 tahun perkahwinan mereka...dan sehingga ke tahun yang ke-25 ini... dia sudah tidak dapat memujuk lagi hatinya sendiri...kerana sayang sudah tiada...rindu sudah hilang...yang ada hanya perasaan benci..pasangan ini bukan calang2... tetapi haji dan hajjah...ibu terfikir...adakah mudah untuk hajjah ini mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya??...sedangkan dia semestinya tahu tentang hukum Allah... namun, kenapa dia nekad dengan keputusannya...kerana dia sudah tiada upaya untuk memujuk hatinya sendiri lagi....



Semoga apa yang terjadi kepada 'kawan' ibu ini, dapat ibu elakkan dari terjadi kepada diri ibu sendiri...kata-kata dari saifulislam.com ini memang ada benarnya...



..."Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.
Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas..."

Dan, artikel ini juga dari saifulislam.com sangat terkesan di hati ibu...semoga ayah juga dapat membaca dan memahaminya juga...

CINTA ANTARA PLANET


Lelaki dan perempuan nyata berbeza. Ungkapan klasik al-Ghazzali dalam isu yang sama menyebut, “lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal”. Terjemahan itu telah mengelirukan saya walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan perempuan.
Selepas membaca tulisan John Gray, saya mengubah kefahaman saya terhadap kata-kata al-Ghazzali itu. Ungkapan beliau sepatutnya diterjemahkan kepada “LELAKI ITU 9 LOGIK DAN 1 EMOSI, PEREMPUAN PULA 9 EMOSI DAN 1 LOGIK“. Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi. Maka saya akur pada ketetapan Allah yang menyerahkan persoalan Talaq di tangan lelaki. Maka lelaki yang lemah rasional dan sering emosional dalam kehidupan, adalah lelaki yang kurang kelelakiannya. Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam sebuah rumahtangga. Tanya sahaja seorang perempuan, berapa kali dalam hidupnya dia menyapu sampah, membasuh tahi di punggung anak, mengemas rumah dan memasak. Perempuan boleh melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, manakala lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya. Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah.


HUBUNGAN SUAMI - ISTERI
Akan tetapi, nasihat dan pandangan John Gray lebih saya aplikasikan kepada hubungan di antara suami dan isteri. Iaitu dua insan yang sangat perlu untuk saling memahami. Faham secara empathy dan cuba meletakkan diri di pihak pasangan. Apabila isteri meluahkan pandangan, mengadu atau berleter tentang sesuatu perkara, amat perlu untuk seorang suami faham, bahawa tindakan itu selalunya bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kita ke arah penyelesaian. Sesekali ya, tetapi lazimnya tidak. Isteri-isteri sering begitu kerana mahukan perhatian. Mahukan layanan emosi dan bukti keprihatinan kita.
Maka janganlah pula suami terlalu cepat atau asyik mahu mencadangkan penyelesaian. Masalah-masalah itu sering boleh selesai hanya dengan kesediaan suami untuk menyayangi, atau dalam bahasa mudah… memujuk!
Namun ketahuilah wahai sang isteri, bahawa ia bukanlah suatu yang mudah bagi seorang lelaki. Makhluk yang gersang emosi dan kaya logik itu.“Maafkan abang, andai diri ini tidak bijak menjadi pemujuk”, itulah suara hati saya semasa muhasabah diri tentang sikap saya terhadap isteri.
Saya tahu yang saya kurang pandai memujuk. Kekadang kaku dalam menunjukkan keprihatian. Malah sering juga tanpa disengajakan, memperkecilkan keluhan isteri… lantaran menilai keluhan itu dengan logik dan rasional diri sebagai lelaki.
“Masalah macam itu pun nak besar-besarkan”, itulah agaknya kesimpulan hati saya dan kebanyakan suami semasa mendengar pengaduan isteri.Walhal isu itu besar… jika kita melihatnya dari sudut emosi, sebagaimana sudut isteri melihat dan menyuarakan isi hati. Maka nilaikanlah permintaan isteri dengan pertimbangan emosi, biar pun ia hanya secebis dari kemahiranmu sebagai lelaki.
“Maafkan abang!”, sekali lagi saya rasa bersalah. Salah bagi seorang suami, menilai isteri dengan penilaian lelaki yang gersang emosi.


BAGI SI ISTERI
Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suamimu berfikir dengan cara yang berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan, tangisan, dan bukannya buah fikiran. Suami mencari penyelesaian, bukan sekadar perhatian dan perasaan.
Sama ada isteri itu seorang suri rumah, atau kerani, cikgu mahu pun doktor dan jurutera, nalurinya adalah naluri wanita. Kaya emosi dan mungkin kurang berminat dengan rasional dan justifikasi.


BELAJARLAH UNTUK SALING MEMAHAMI
Di sinilah perhargaan saya kepada buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray kerana ia mengajar saya dan isteri untuk saling faham memahami. Pelajaran dari dua planet ini juga mendidik kami untuk memberi ruang kepada rasional dan emosi masing-masing berfungsi dengan baik, sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang diberi Ilahi. Hal ini jugalah yang dibahas dengan panjang lebar oleh Stephen Covey dalam Habit #5 beliau iaitu Seek First to Understand, Then to be Understood.Peraturan-peraturan ini bukanlah rekaan penulis seperti Covey dan Gray, namun ia adalah hasil kajian mereka terhadap tingkah laku manusia. Iaitu sebahagian daripada Sunnatullah… peraturan Allah dalam hubungan sesama manusia.


SUAMI, ISTERI DAN KAWAN
Kerana soal emosi dan logik tadi, saya cuba untuk memahami sesuatu.
Sering saya ketemu, isteri-isteri tidak begitu berminat atau komited lagi dengan persahabatan mereka. Biar pun mereka ada ramai best friends semasa anak dara, hingga tidur berkongsi bantal dan mimpi, namun selepas berkahwin dan beranak pinak, mereka tidak lagi serapat dulu. Tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu pada suami dan anak-anak.“Kalau Yang nak gi kedai dengan kawan-kawan, do some shopping, Abi tak kisah pun. Take your time. I’ll mind the kids“, saya membuka tawaran kepada isteri.Bukan apa, saya sering rasa bersalah kerana selalu terpaksa meninggalkan isteri. Mesyuarat, bekerja out station, ceramah, program dan macam-macam aktiviti luar, menyebabkan saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Bukan bersuka-suka bercuti dan bercanda, tetapi tugas dan tanggungjawab yang menjadi punca.
Lantas, saya tidak keberatan jika isteri saya mahu mengambil sedikit ruang untuk beliau pergi menziarahi sahabat atau menghadiri kursus-kursus rasmi dan tidak rasmi. Waktu untuknya tanpa saya. Tetapi lazimnya isteri saya lebih prefer untuk berada di rumah. Dan sebahagian besar sahabat yang saya temui, mengakui hal ini.
Mengapa hal ini berlaku?Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana.


Namun bagi si suami, kehidupannya banyak dipengaruhi oleh rasional kerana itulah alat utama beliau berperanan sebagai pemimpin keluarga. Mungkin kerana itu, saya merasakan bahawa, si suami perlu kepada rakan berbincang. Sesekali suami perlu mendapatkan pandangan ketiga. Dan kerana ini, seorang lelaki yang telah berkahwin, tetap menjaga hubungannya dengan rakan karib, kerana beliau perlu kepada input-input yang membantu beliau membuat keputusan… terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga.
Janganlah si isteri salah faham, dengan menyangkakan suami yang pergi kepada sahabat karib itu, telah membelakangkan dirinya. Lebih mengutamakan sahabat dari isteri sendiri. Lebih percaya kepada orang luar dari teman hidup yang dinikahinya.Jangan begitu.Suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional. Mencari panduan dan penyelesaian. Sedangkan emosi, perasaan dan kasih sayangnya tetap teguh pada isteri dan anak-anak. Suami memerlukan rakan bukan untuk urusan emosi sebagaimana yang sering difikirkan oleh si isteri.
Emosi dan perasaan itu eksklusif dan hanya ada antara suami, isteri dan anak-anak. Namun keperluan mendapatkan input rasional, izinkan suami mencarinya dari seorang rakan, kerana hasil perbualan mereka, akan memulangkan kebaikannnya kepada kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak.


MERAIKAN PERBEZAAN
Saya yakin, jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang. Bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus itu agar kita dapat belajar untuk saling memahami. Dengan bekalan Syariat Allah dan Sunnatullah… sempurnalah perjalanan sebuah rumahtangga.
“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki” (Al-Hadith)


“You complete me“, itulah realiti hubungan antara suami dan isteri.

kadangkala..orang yang paling kita sayang....adalah orang yang paling susah kita nak sayang..