Saturday, July 18, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN..LUQMAN BADRULAMIN

anak ibu dah 2 tahun la....Alhamdulillah....anak ibu sihat, aktif, pandai, cerdik....semoga luqman menjadi anak yang baik...mungkin ibu bukanlah 'ibu' yang terbaik untuk luqman...tapi ibu akan cuba...seboleh mungkin ibu nak luqman dapatkan yang terbaik...terasa masih panas perut ibu lahirkan luqman...cepat betul masa berlalu...dari luqman hanya terbaring menangis sehinggalah sekarang..dah pandai berlari...dah pandai panggil ibu...walaupun hanya 'bu' jek yang keluar...tp, ibu tetap gembira....ibu sayang luqman...selamat hari ulang tahun sayang...: 15/07/09~2 tahun.
















Layanan Terbalik Ibu Bapa Yang Pelik (saifulislam.com)

“Kamu ni tak faham-faham ke? Berapa kali emak nak cakap, emak ni penat!”, tengking seorang ibu kepada anaknya. Jari telunjuknya tajam mencucuk-cucuk dahi anaknya yang berusia dalam lingkungan lima ke enam tahun. “Kamu buat apa di sini? Balik!”, herdik seorang bapa kepada anak remajanya yang sedang duduk berbual bersama kawan sekelasnya. Ayat-ayat ini adalah habuan telinga yang biasa mengiringi kita menuju dewasa. Jika tidak diri sendiri yang jadi mangsa, kawan-kawan di sekeliling biasa mengalaminya.

Entah kenapa, saya cukup tidak tahan melihat ibu bapa yang marahkan anak, terutamanya jika marah itu tidak kena cara. Saya akui, ibu bapa saya bukanlah jenis yang begitu, maka mungkin saya tidak biasa dengannya. Tetapi apakah saya jadi ganjil kerana tidak biasa dengan cara begitu? Sebaliknya yang normal itu ialah pada menerima, bahawa itu merupakan cara mendidik anak-anak.Saya bukan mahu bercakap tentang wajar atau tidak herdik dan tengking menjadi bahasa pilihan antara ibu bapa dan anak. Tetapi kali ini saya mahu muhasabah tentang ibu bapa yang lupa melihat kekerdilan juga kedewasaan anaknya.


LAYAN CARA KECIL ATAU DEWASA


Anak kecil dilayan seperti orang dewasa, anak yang sudah dewasa dilayan seperti budak kecil. Lantas layanan itu hanya menyemai bibit benci dan dendam anak-anak kepada ibu bapa.
Apa yang seorang anak berusia lima tahun faham, tentang keletihan dan stress seorang ibu yang baru pulang kerja selepas bergaduh dengan majikan? Seorang anak berusia lima tahun hanya faham satu perkara, iaitu ibu adalah ratu hatinya. Tempat dia mencari perhatian, kasih dan sayang. Maka anak-anak di usia lima enam tahun itu mengikut naluri yang betul apabila cuba bermesra dengan ibu dan bapanya. Dia tidak faham keletihan dan kerunsingan seorang ibu dan bapa. ibu dan bapa adalah hero mereka. Maka mereka hanya mengharapkan ibu dan bapa yang sentiasa bersedia membantu mereka. Anak-anak itu mahu berkongsi cerita, kisah gurau sendanya dengan kawan-kawan di sepanjang hari persekolahan. Tiba-tiba bapa melenting marahkan anak, “kamu tidak tahukah aku penat?”Bagaimanakah akal seorang anak berusia lima tahun menafsirkan herdikan yang begitu?..Sesungguhnya itulah ibu bapa tempang yang belum dewasa dalam menghayati naluri manusia, anaknya sendiri.

NASIB ABANG DAN KAKAK


Selalu juga berlaku di dalam sebuah keluarga, anak sulung sama ada Abang Long atau Kak Long, sentiasa disuruh mengalah kepada adik. “Bagilah benda tu kat adik kamu. Kamu dah besar. Dia budak lagi”, marah ibu atau bapa kepada anak. Anak sulung sering disuruh mengalah.
Tetapi jangan kita lupa, ketika anak sulung dimarah, dia sedang berada pada usia intensif pembentukan identiti dan emosi. Identitinya perlu dibangunkan, dan emosinya perlu dibentuk. Sedangkan si adik kecil yang mahu dimenangkan itu belum faham apa-apa. Maka kesilapan kita ketika marah, impaknya pergi kepada anak yang telah faham maksud kecil hati dan dendam itu.
Marah boleh marah, tetapi janganlah sampai tiada didikan dalam kemarahan itu.
Akhirnya anak sulung menjadi taat mengikut arahan. Bukan kerana jadi baik, tetapi kerana rendah keyakinan diri.

Sikap melampau ibu bapa memenangkan anak kedua, menjadi anak sulung membesar dengan inferiority complex, manakala si adik pula terus membesar dengan superiority complex. Rosak kerana dimanjakan hingga tidak belajar mengikut arahan. Si sulung terlebih menerima arahan, yang adik terlebih mendapat kelebihan. Apatah lagi anak yang sudah meningkat remaja. Sudah faham erti maruah diri, tiba-tiba marah kita memalukan dia di depan kawan-kawan. Ia langsung tidak mendidik malah hanya mencetuskan dendam. Janganlah buat anak remaja kita macam budak-budak. Jangan juga anak kita yang masih budak, dilayan seolah-olah dia sudah besar remaja.


“Bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. Tetapi kuat dan tegas yang sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah” – Al-Hadith

Ya ALLAH...jadikan lah aku ibu yang baik untuk anak ku...amin...