Monday, March 31, 2008

IBU AKAN TERUS BERDOA...


Selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa ditolak?. Sebenarnya, doa manusia yang mencukupi syarat diperkenankan oleh Allah dalam tiga bentuk:
Pertama : Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
Kedua : Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
Ketiga : Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.
Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".
Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".(Riwayat Ahmad). Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh Allah, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat....
P/S: ibu ambil pengajaran daripadanya...

Thursday, March 27, 2008

ANDAI IBU TAHU...

lagu yang ibu suka dengar...kumpulan UNGU...tajuk lagu ni, ANDAI KU TAHU...


Andai kutahu....
Kapan tiba ajalku..
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku....
Andai kutahu Kapan tiba masaku....
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku...
Aku takut akan semua dosa dosaku...
Aku takut dosa yang terus membayangiku...
Andai kutahu malaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku.... Mengucapkan kata tobat padaMu...
Ampuni aku.... Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku ...Menangisku bertobat padamu
Aku manusia yang takut neraka...
Namun aku juga tak pantas di surga..

Tuesday, March 18, 2008

IBU MASIH BELAJAR UNTUK BERSABAR...

Teringat pada satu kisah..
seorang ayah yang hebat fiqh da’wahnya.. memberi tarbiyah kepada anaknya yang cepat marahnya.. yakni seorang pemuda yang pemarah.. walaupun hanya pada perkara yang kecil.. suatu hari.. ayahnya memberikan kepadanya tukul dan sekotak paku.. pelik anak muda ini.. terus ditanyakan kepada ayahnya dalam nada kehairanan.. “untuk apa tukul dan paku-paku ini, abah?”.. ayahnya menjawab.. “setiap kali kamu marah, pakukan tembok batu di depan rumah kita ini sebagai tempat kamu melepaskan kemarahanmu.”.. terjawab, tetapi masih hairan, namun tidak dipersoalkannya lagi, diikuti apa yang diminta oleh ayahnya..
pada hari pertama sahaja.. sudah 37 batang paku yang dipakukan pada tembok batu tersebut.. namun.. setelah bermingu-minggu.. paku-paku yang kelihatan ditukulkan setiap hari semakin berkurangan.. tiba-tiba terfikir dalam dirinya.. lebih mudah baginya mengawal marahnya dari menukul paku ke tembok batu di depan rumahnya.. maka dia terus dengan tarbiyah ayahnya.. sehinggalah tiba satu hari.. di mana tiada paku yang dipakukan pada hari itu.. pemuda tersebut berjaya mengawal marahnya, tidak sekali pun hari itu dia memarahi sesiapapun.. dia dengan gembiranya mendapatkan ayahnya.. lalu mengkhabarkan berita gembiranya itu..
apabila diberitahu kepada ayahnya.. ayahnya mengucapkan tahniah dan memberikan arahan baru.. kali ini.. pemuda itu disuruh agar mencabut paku yang telah ditukulkan pada tembok batu itu satu persatu.. yakni bagi setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan, maka cabutlah satu paku pada tembok tersebut..hari berganti hari.. minggu diganti dengan minggu.. siang malam silih berganti.. masa berlalu.. seperti mana yang ditetapkan Allah.. sehingga tibalah satu hari di mana pemuda itu berjaya mencabut keseluruhan paku yang telah dipakukan dulu.. dia dengan bangganya memberitahukan hal ini kepada ayahnya yang dihormati.. lantas ayahnya memimpin tangannya ke tembok tersebut.. lalu berkata.. “anakku, kamu telah melakukannya dengan sangat baik sekali, tahniah.. tetapi, lihatlah lubang-lubang pada tembok batu ini.. tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.. bila kamu menyatakan sesuatu, atau melakukan sesuatu ketika marah, ia meninggalkan kesan.. ia meninggalkan parut dan luka.. sama seperti ini.. kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.. tetapi ingatlah.. berapa banyak sekali pun kau memohon kemaafan dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya tetap ada.. luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal.”..


P/S: Memang susah nak jadi penyabar...tp, ibu masih belajar...belajar dari ayah luqman yang sangat2 penyabar...bukan jek dengan ibu...tp, dengan semua orang dia sabar....ibu tak nak hati ibu ada lubang2 lagi...buat apa lubangkan hati kita untuk benda2 yang x berbaloi...betul x...mmg persekitaran banyak mempengaruhi... kat rumah...kat opis...semuanye ada penyebab untuk ibu jd tak sabar...jd marah...ibu masih belajar....sekiranya nabi kita yang mulia itu juga bersifat pemaaf terhadap mereka-mereka yang menguji kesabarannya.. malahan Allah Yang Maha Agung juga amat suka memberi pengampunan.. siapalah ibu untuk tidak cuba memaafkan kesalahan mereka-mereka yang selalu menguji kesabaran ibu ni... apa hebatnya ibu untuk tidak memaafkan?...wAllahua’lam.. moga amalan selari dengan kata-kata.. amin..

Saturday, March 15, 2008

LUQMAN DAH 8 BULAN!!!

hari ni, anak ibu genap 8 bulan....dah besar kan...tp, ibu tak sabar nak tunggu luqman besar lagi... pandai berjalan..berlari...dan paling tak sabar nak tunggu luqman panggil "ibu".... Ibu sentiasa doa, anak ibu ni sihat selalu....tak nak sakit2....biar pandai...jangan degil...dengar cakap ibu...cakap ayah... InsyaAllah...ibu ngan ayah akan cuba jadi 'ibubapa' yang baik untuk luqman... Uuuuummmmmmuuaahhh!!! sayang anak ibu!!!


Friday, March 14, 2008

SINERGI UNTUK 1+1=3(malah lebih)

Baik, sekarang cuba awak jelaskan, kenapa awak kata saya telah mengabaikan rumahtangga kita?”, tegas seorang suami, yang juga CEO sebuah syarikat besar, kepada isterinya.
“Penjelasan yang macam mana? Puas sudah saya jelaskan sebelum ini”, jawab isterinya.
“Penjelasanlah! Facts and figures… di mana kurangnya, apa kurangnya…”, muka si suami sedikit kemerahan.
“Tak adalah facts and figures tu. Tetapi ia suatu perasaan yang kuat. Saya rasa awak semakin longgar dari rumahtangga kita”, kata isterinya.
“Tengok tu Encik Covey, tak faham saya dibuatnya. Asyik-asyik itulah yang diulangnya sejak sekian lama. Perasaan, perasaan, perasaan!”, rungut si suami.
Stephen Covey tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Hilang sedikit tumpuannya kepada makan malam mereka. Si suami berfikir dengan otak kiri, manakala si isteri membalas dengan sentuhan otak kanan.
“Saya tahu awak mungkin tak suka saya jemput Encik Covey makan malam bersama dengan kita malam ini. Tetapi, saya nak beliau bantu selesaikan apa masalah kita. Awak kata kita bermasalah tetapi awak tidak dapat memberikan penjelasan mengenainya”, si suami menyambung leteran. Buruk juga apabila orang lelaki berleter.
Si isteri tunduk. Garpunya menguis-nguis kobis bunga di dalam pinggan.
“Baik, sekarang ni, awak puas hati tak dengan rumah kita?”, tanya si suami. Cuba memecahkan kebuntuan diskusi mereka.
Isteri mengangguk lemah.
“Cukup tak makan pakai kita selama ini?”, soal si suami.
“Lebih dari cukup…”, jawab isterinya lemah.
“Habis, di manakah yang tidak kenanya?”, si suami sudah naik angin sedikit.
“Bukan soal makan pakai. Tetapi bagaimana perasaan awak terhadap saya, terhadap anak-anak dan rumahtangga kita?”, si isteri mengangkat muka. Sedikit memberontak.
“Saya sayangkan awak. Begitu juga anak-anak kita”, kata si suami.
“Tetapi saya tidak dapat merasainya!”, tegas si isteri.
“Tengok, Mr. Covey. Tak habis-habis dia akan mengulang perkara yang dia sendiri tidak dapat jelaskan”, si suami bernada mengalah. Bosan barangkali.
Kisah ini dicatat oleh Covey di dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective Families. Tetapi ia bukan kisah Covey semata. Ia kisah kehidupan kita semua.
“Tadi awak kata awak ada anak. Berapa orang?”, tanya Covey kepada pasangan itu.
“Dua orang!”, mereka berdua menjawab serentak.
“Oh dua orang. Bagaimana keluarga kamu bertukar dari kamu berdua kepada empat orang sekarang ini?”, tanya Covey dengan nada provokasinya.
“Apa maksud awak?”, tanya CEO itu, kebingungan.
“Maksud saya, macam mana kamu berdua dapat anak? Dua orang pula tu. Satu campur satu jadi empat!”, soal Covey.
Merah padam muka mereka berdua.
“Faham-faham sahajalah bagaimana kami dapat anak”, jawab si suami. Terasa sedikit aib pada soalan itu.
“Ya, kamu dan isteri bekerjasama untuk mendapat anak. Ketika kamu bekerjasama itu, kamu mahukan isteri kamu serupa dengan kamu, atau kamu menghargai dirinya sebab dia ‘berbeza’ dari diri kamu?”, tanya Covey lagi.
“Wah… peliknya. Tentulah saya gembira kerana isteri saya adalah isteri saya”, kata lelaki itu. Nafasnya kencang.
“Bagaimana kalau isteri kamu serupa dengan kamu? Bolehkah kamu gembira dan mampukah kamu berdua hari ini memiliki dua anak hasil persamaan itu?”, Covey terus menghentak pemikiran pasangan suami isteri itu.
Apa yang cuba Covey sampaikan, sudah difahami oleh mereka berdua. Mereka terlupa bahawa perbezaan antara suami dan isteri, bukan punca masalah, tetapi suatu nikmat dan peluang pengkayaan rumahtangga mereka.
Kerana suami itu seorang lelaki, dan isterinya pula seorang perempuan, mereka bahagia, dan natijah kebahagiaan mereka, rumahtangga yang bermula dengan dua insan bercinta itu, sudah bertambah menjadi empat dengan sepasang anak yang menyerikan kehidupan. Rumahtangga itu bukan sahaja memuaskan naluri mereka sebagai manusia, tetapi juga mencambahkan kebaikan, menambah keturunan, dan manfaatnya tidak berhenti-henti, tidak putus.
Itulah sinergi.
Satu tambah satu bukan dua, malah tiga, mungkin empat dan lebih lagi.

Betapa pentingnya sinergi dalam kehidupan, saya jadi tidak segan dan tidak pernah berasa susut keislaman jika saya mencadangkan bakal pengantin membaca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus karangan John Gray. Ia mengajar seorang lelaki dan seorang perempuan untuk memahami bahawa lelaki itu sangat berbeza dari perempuan, dan perbezaan itu bukan masalah tetapi rahmat dan anugerah. Perkahwinan adalah untuk menghasilkan kebaikan daripada perbezaan itu.
Perbezaan fizikal.
Perbezaan cara berfikir.
Perbezaan kekuatan rasional dan emosi.
Perbezaan selera dan kecenderungan.
Berbeza belaka…
Untuk itu, syarat pertama SINERGI adalah MERAI DAN MEMANFAATKAN PERBEZAAN.

Sinergi bukan bermaksud berlapang dada dan berkompromi terhadap perbezaan. Ia bukan soal bertolak ansur di mana hari ini saya ikut jalan awak, dan esok awak pulalah ikut jalan saya.
Tetapi sinergi itu bermaksud saya datang dengan pandangan saya dan awak datang dengan pandangan awak, tetapi kita berdua terbuka bukan hanya kepada memilih antara dua pandangan berbeza yang kita ada, sebaliknya bersedia untuk mencari sesuatu yang lebih baik dari cara saya dan cara awak.

saifulislam.com