Ketawa bersama, Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini, Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi, Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan, Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta, Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama, Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah...Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah, Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini...Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya, Segala-galanya, Ku ceritakan
Aku kan pergi....Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya, Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
sayu dengar lagu ni...betapa masa bagitu cepat berlalu....sedar x sedar, dh 7 tahun usia perkahwinan kita...masih lagi berjauhan, tiada perubahan.... 7 thn bkn 1 jangkamasa yg pendek... ianya bersamaan dengan 2,555 hari...lama kan??... tp, agk2nye...brape hari je kita dpt bersama... masa semakin lama semakin berlalu...umur kita makin meningkat, begitu juga ank2, makin membesar....
sempat ke kita?....sempat ke kita untuk dapat hidup bersama?...
masa yang ada, 2 hr seminggu...48 jam... ditolak waktu tidur malam..waktu tidur siang, ber'internet' x kira ms, x peduli hal sekeliling..brape je ms yg tinggal?... ms yang betul2 berkualiti...sefamili... 3-4 jam mungkin... hrmmm...cukupke?... aku tidak mahu menyesal kemudian hari dek kerana tidak menyedari betapa cpt ms berlalu dan betapa pantas ank2 makin membesar.... takut x puas bersama mereka.... takut x sempat...
What Happen To US??!!
perkara yg mmg aku telah jangkakan namun seboleh mungkin hendak dielakkan...akhirnya berlaku juga... dulu, sewaktu masih solo...sll mengangankan suasana romantis sepanjang zaman bila dh berkahwin kelak... wlaupon usia perkahwinan dh 10 tahun, masih berpegangan tangan...masih ada panggilan telefon rindu dengan nada suara romantik mcm ms bercintan cintun dulu...masih ada SMS cinta dihantar...bkn hanya bertanya khabar...dan, mghargai psgn.. bkn hadiah dipinta, cukup dengan berterima kasih atas apa yg telah dilakukan...berbual2, berkongsi rasa... keterlaluan sgt??...
tp,
segalanya hambar... kdg kala, walau didepan mata...apa yg aku katakan seperti tidak mahu didengar.. seperti dia berada didunia lain...di dunia yg ada hanya dia seorang... mustahil kondisi kita sekarang kau tidak merasainya...betapa berbeza dengan apa yg kita impikan...dan, dengan apa yg engkau janjikan... ingin hidup bersama dan membawaku dan ank2 ku sehingga ke syurga...bukan kah kau IMAM ku??... namun, dari pandangan hatiku yang kurang ilmu dan jahil ini...ku lihat IMAM ku semakin jauh dari MAKMUM2nya.....
Seandainya dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora
Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan
Seandainya dapat ku lari
Jauh ku pergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi
Mengapa kau jua yang kurindu
Walau sudah ku tahu
Payah bersatu
Hidup denganmu
Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku
Tak pernah walau dalam sekali pun
Kau pinta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaan mu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya
Kita bagaikan pertaruhan
Pada yang menyaksikan
Jauh manakah kita bertahan
Jika ku tersilap
Pastinya di pandang hina
Terlalu banyak sungguh halangan
Terpaksa ku terjah
Aku pun tidak tahu
Apa yang ingin Tuhan tunjukkan
Adakah ini dugaannya
Hanyalah sekadar untuk menguji setiamu
Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan
*****************************************************************************