Tuesday, February 2, 2010

10 ASAS KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA...

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Monday, January 11, 2010

DUGAAN MU..YA ALLAH...




Hari ni..ibu dapat berita yang amat menggembirakan...ibu diterima masuk KPLI...dikehendaki mendaftar minggu hadapan...tapi, baru nak bergembira...dapat pulak berita sedih..dukacita dan x sedap telinga ini mendengarnya..."ibu mengandung tidak dibenarkan mendaftar"..


Ya Allah...setelah 6 tahun..ibu mencuba mohon KPLI ni, start dari 2004 selepas ibu grade...baru kali ini dapat tapi..x dibenarkan daftar pulak atas alasan ibu pregnant...

tak tahu samada nak nangis kesedihan atau kegembiraan...sedih kerana x dapat daftar..gembira kerana ibu xkan berpisah dengan anak ibu...tapi perasaan ibu lebih berat kepada sedih kerana x dapat daftar...Ya Allah...alhamdulillah jua kepadaMu...kerana Engkau sahaja yang Maha Mengetahui apa hikmah disebalik semua ini...

Namun...itulah rezeki...ibu tidak menyesalinya...redha adalah penenang hati ketika ini...kerana Allah telah mengurniakan ibu rezeki yang lebih berharga...satu nyawa yang sedang bernafas...yang sedang bergerak...yang sedang menanti masa untuk 'keluar'...dari rahim ibu... ALHAMDULILLAH YA ALLAH...........


Wednesday, January 6, 2010

SIAPAKAH AKU DI HATIMU....

Bagaikan Aisyah Mencipta cinta lelaki super
Petikan buku Bagaikan Aisyah di Hati Rasullulah

Dari dalam bas yang melalui jalan kampung sejam sekali, saya melihat pasangan tua yang sedang berjalan di tepi jalan kecil. Jalanraya yang sibuk tidak dipedulikan oleh kedua-dua pasangan suami isteri ini. Kenderaan yang bergerak laju tidak menimbulkan resah dalam hati mereka. Malah, pasangan tua ini sempat beramah mesra dengan penduduk kampung yang duduk di beranda rumah pada petang hari.Kemudian saya teringat cerita orang kampung. Mengenai pasangan tua yang melalui jalan ini setiap petang. Ketika waktu tengah hari terik, suami akan menolak kerusi roda isterinya. Manakala isteri pula memegang payung melindungi dirinya dari kepanasan.Suami tua ini tidak mengeluh dan ini yang dibuat setiap hari. Menolak kerusi roda isteri di tepi jalan yang sibuk dan meskipun pernah berlaku kemalangan di situ adalah perkara biasa kepada beliau.

Suami ini menolak kerusi roda isterinya dari rumah sehingga ke hujung jalan berdekatan pantai. Isterinya mahu melihat pantai setiap petang.
Setiap hari mereka bersarapan, pergi membayar bil, duduk di tepi pantai. Si suami sabar menolak kerusi roda isteri baik pada waktu tengah hari mahupun petang.
Menurut cerita orang kampung, anaknya sudah beberapa kali menasihati si ayah, tetapi ayahnya tetap berdegil mahu melakukannya. Beliau berhenti kerja bagi memberi tumpuan pada isterinya yang tidak mampu berjalan lagi.



Apabila tersiarnya foto ini dalam Facebook, ramai yang memberi komen.
“Sabarnya si suami.”
“Hebat.”
“Moga mendapat pengakhiran sebegitu.”
“Berapa ramai lagi yang mahu berbuat begitu?”
“Semoga suami saya dapat menjaga seikhlas hatinya.”
“Syahdu.”
“Inilah cinta sejati.”
“Alangkah sabarnya suami wanita itu.”
Komen Asniza Kamarulzaman menarik perhatian saya. Katanya, “Saya teringat komen seorang ahli forum di internet bernama Ummu Masyitah apabila saya ajukan soalan “Kenapa anda menyintai pasangan anda?”
Kata Ummu, “Rasanya saya sendiri tidak tahu jawapan ini sehinggalah telah melalui pahit manis kehidupan berumahtangga. Saya merasakan keikhlasannya apabial dia mengambil saya sebagai isteri.“Abang, sekarang sayang sudah tidak cantik. Abang pasti malu punya isteri sebegini” kata Ummu sewaktu suami menolak kerusi rodanya.Jawapan si suami ada pada hati dan terpancar pada wajah. Terlukis pada perilaku. Cukuplah sehingga hari ini, dia belum beristeri lagi dan menerima saya yang berkerusi roda ini seadanya.

Itu adalah suara rasa mereka yang melihat sekeping foto yang menceritakan segala-galanya mengenai lelaki tua bersama isterinya. Apa jua jawapan, saya meyakini apa jua jawapan yang diberi, pada mata lelaki tua yang setia menolak kerusi roda isterinya ini, beliau melihat isterinya bagaikan Aishah ketika muda dan pada waktu tuanya. Itulah keindahan yang dilihat lelaki tua ini.Keindahan itu tetap kekal dan terus menjadikan lelaki tua ini tetap setia dan bersedia memenuhi kehendak isteri yang mahu melihat matahari terbenam di tepi pantai.
Bayangan Aishah pada isterinya itu menjadikan lelaki tua ini berasa tidak gentar berjalan perlahan, melalui kesibukan kenderaan lalu lintas yang bakal cuai dan menyentuh tubuh dua orang tua yang tidak ada daya ini.
“Itu mungkin hanya melibatkan pasangan tua sahaja. Mereka sudah lama hidup bersama dan sudah kenal satu sama lain. Sudah pasti kemanisan cinta dan keindahan itu dapat dilihat oleh pasangan. Tidak bagi pasangan muda.”
Benarkah andaian isteri yang bagaikan Aishah hanya terlihat pada pasangan tua sahaja? Benarkah bayangan yang sama tidak dapat dilihat pada pasangan muda yang baru melalui alam perkahwinan?



Dalam proses menyiapkan buku Bagaikan Aishah di Hati Rasulullah, tuhan izinkan kami melihat pasangan-pasangan yang memenuhi karakteristik yang dikaji.




Pada satu hari, seorang isteri membelakangi suaminya agar tangan si suami dapat berpaut pada bahunya dari belakang. Tujuan isteri bagi membantu suaminya yang teruja mahu menimbang berat di sebuah kompleks membeli belah.Isterinya dan suami saling bergurau, sambil si isteri membantu suaminya berdiri, memapahnya ke mesin penimbang dan memastikan beliau duduk di kerusi roda. Masing-masing senyum dan ketawa. Ketika menolak kerusi roda di hadapan, masih jelas kedengaran gurau dan ketawa mereka.Tidak ada riak wajah isteri melihat suaminya sebagai beban. Mereka lupa keadaan itu. Si suami ada pilihan untuk berasa rendah diri dengan kekurangan yang dihadapi. Si isteri ada pilihan untuk berasa penat melayani karenah suami.
Mereka memilih bergembira terhadap apa yang mereka lalui. Rasa tenang dan hati yang lapang berhadapan situasi ini menjadikan hidup sebagai pasangan sebagai satu perkara indah.
Sekali lagi, apa jua komentar yang diberi pada kehebatan pasangan ini, pada mata lelaki itu beliau melihat isterinya bagaikan Aishah yang sabar setia melayani sama ada ketika sihat dan ketika sakitnya nabi. Keindahan itu jelas mengukir senyuman lelaki di kerusi roda.
Keindahan itu tetap kekal dan terus menjadikan lelaki ini tetap setia dan bersedia memenuhi kehendak isteri. Kesungguhan isteri menyempurnakan hidup mereka sebagai pasangan.
Bayangan Aishah pada isterinya itu menjadikan lelaki ini berasa tidak gentar melalui situasi tidak berdaya yang mungkin mengambil sedikit masa untuk sedia kembali normal.
Situasi ini mengingatkan saya kepada kata-kata Zaharin Yassin di Facebook. Katanya, Itu bukan cinta. Itu adalah kasih sayang. Ramai orang bercinta tetapi tidak ada kasih sayang. Kasih sayang mengatasi cinta. Cinta itu angin, dapat dirasa tetapi tidak nampak. Kasih sayang itu adalah awan. Jelas nampak tapi tidak terpegang.”

Bayangan Aisyah ada dalam diri setiap wanita. Ia terpamer melalui perbuatan yang nyata menyentuh hati kekasih hati. Sebahagian sudah terpamer jelas pada awal perhubungan. Sebahagian lagi terpamer sedikit demi sedikit apabila hidup mula melalui tempoh kematangan. Bayangan Aishah dalam diri kita mencipta superman dalam dunia cinta. Mereka punya kisah cinta tersendiri.

Kisah lelaki Superman satu

Isterinya terpaksa menerima hakikat, kakinya perlu dipotong kerana penyakit kencing manis yang dihidapinya. Dalam keadaan gembira punya nikmat sepasang kaki yang sempurna untuk berjalan meskipun perlahan, salah satu perlu berpisah dari tubuh.
Isteri yang sudah lanjut usia tidak mampu menahan rasa sedihnya. Emosinya adalah emosi orang tua yang mudah terusik dan lama untuk ditenangkan kembali.
Maka lelaki Superman datang menyelamatkan hatinya daripada terus dilanda kesedihan.
Lelaki Superman ini berhenti bekerja. Ada sedikit wang simpanan ketika bekerja. Mereka tinggal di rumah pangsa PPRT. Ya, superhero tinggal di rumah khusus untuk orang miskin.
Setiap petang lelaki Superman ini menemani isterinya berjalan jauh ke luar kampung, isterinya mahu melihat matahari petang di tepi pantai yang semakin jauh ditambak. Lelaki Superman ini berjalan menolak kerusi roda isterinya.
Suami ini berjalan hampir 45 minit, menolak perlahan kerusi roda isterinya agar ia tidak bergoyang-goyang semata-mata mahu memenuhi permintaan isterinya.
Hari itu, jalan utama ke pantai sedang dibaik pulih. Sukar untuk pejalan kaki melalui tepi jalan yang sibuk. Tetapi tidak bagi lelaki Superman ini.
Beliau pergi menggunakan jalan lebih jauh, berjalan di tepi lebuhraya negeri yang sibuk dengan kenderaan yang gila kelajuan. Tetapi lelaki Superman ini adalah superhero, apa pun tidak mustahil asalkan isterinya dapat melihat matahari petang di tepi pantai Limbongan.


Kisah lelaki Superman dua

Lelaki Superman ini adalah jiran saya. Kali terakhir saya temui ialah beberapa hari sebelum beliau menemui ajal dilanggar bas. Tubuh lelaki Superman ini kecil, kata orang tubuh ‘halus kecil melidi’. Jika beliau berdiri di sebelah saya, tingginya pada paras dada sahaja.
Lelaki Superman ini juga sudah pencen. Keperkasaan beliau lebih terserlah pada usia tua. Sama ketika zaman muda, sehingga umur tuanya, di mana sahaja beliau keluar bersama isteri, genggaman tangan mereka sangat erat. Meskipun berjalan ke pondok bas dan menaiki bas buruk kampung, genggaman ini sama sahaja seperti genggaman tangan pengantin baru ketika diarak ke pelamin.Tangan yang saling hangat tergenggam tidak ada lagi. Isterinya pergi dahulu meninggalkan beliau. Kemudian lelaki Superman ini juga menemui Tuhan dalam satu kemalangan. Bas kampung yang sedang berundur melanggar tubuh kecilnya dan bahagian bawah tubuhnya digilis tayar bas.Boleh jadi mereka bakal menggenggam tangan semula di syurga.Rumahnya kosong, setiap kali saya membuka tingkap, saya melihat rumah yang penuh warna-warni kehidupan lelaki Superman ini dan isterinya.

Kisah lelaki Superman tiga

Beliau adalah lelaki Superman yang miskin. Miskin kerana keluarga tidak bersetuju atas pilihan beliau memperisterikan gadis di kampung ini. Lelaki Superman ini sabar dengan karenah dan dugaan yang dihadapi. Sudahlah keluarga tidak suka, situasi belanja di rumah pun cukup-cukup makan sahaja.Tidak ada sesiapa yang membantu di kalangan keluarga mereka. Di rumah mereka ada satu periuk kecil. Periuk itu digunakan secara bergilir, mula-mula digunakan memasak air dan kemudian digunakan untuk memasak.
Adakah orang yang masih hidup dengan hanya satu periuk kecil di rumah?
Ya, masih ada.Lelaki Superman ini bersabar dan selalu menggembirakan hati isterinya. Padanya, kekayaan mereka adalah ketenangan yang mereka rasai dalam rumah itu. Lelaki Superman ini mula membuat pelbagai kerja dan berniaga.
Sedikit demi sedikit, dari satu periuk kecil, bertambah kelengkapan dapur. Kemudian segalanya lebih mencukupi. Melebih-lebih sehinggakan ada belanja untuk ahli keluarga yang pernah tidak menyukai mereka ketika zaman muda mereka dahulu.


Kisah lelaki Superman empat


Lelaki Superman ini punya wajah yang serius. Anak-anak dan isteri pun adakalanya gerun dengan bibir yang lurus tanpa emosi terpamer pada wajahnya. Tetapi, lelaki Superman ini tahu wajahnya yang serius itu mungkin meresahkan. Tetapi itulah wajah yang dikurniakan. Wajah itu yang menjadi tatapan isteri selama lebih 30 tahun.Lelaki Superman ini kurang bercakap. Tetapi ada satu perkara yang menjadikan dia hero di hati isterinya. Walaupun lelaki Superman ini sudah makan di luar kerana urusan kerja, belanja kawan-kawan atau pun pergi minum petang, lelaki Superman ini pasti menjamah masakan yang disediakan oleh isterinya tanpa menolak. Lelaki Superman menghargai apa yang dilakukan oleh isterinya meskipun perut sudah sendat kerana belanja rakan.

Apa pun, inilah lelaki-lelaki Superman. Ada yang sudah tua dan ada yang sudah meninggal dunia. Lelaki-lelaki Superman ini mempamerkan sisi hero yang tersendiri.Namun sisi hero mereka tidak akan kelihatan melainkan isteri menjadi bayangan Aishah yang menguatkan hati mereka.



Monday, January 4, 2010

HANYA ITU YANG IBU MAMPU SAYANG...

Kebelakangan ni..ibu selalu berfikir...seandainya di takdirkan...suatu hari, Allah mengambil ibu...bagaimana dengan luqman ye..siapa yang akan menjaga luqman..dapatkah pengganti ibu nanti menjaga luqman sama macam ibu menjaga luqman..kalau luqman sakit, siapa luqman nak peluk..kalau luqman nangis...pada siapa luqman nak bermanja minta dipujuk..kalau luqman jatuh..siapa nak bangunkan dan gosok tempat yang sakit...banyak 'kalau' yang ibu fikirkan...ibu menjadi sangat takut...ibu sedar kematian itu tidak akan lambat sesaat dan tidak akan cepat sesaat juga...ibu hanya mampu menadah tangan memohon pada Allah agar umur ibu dipanjang kan, diberi kesempatan untuk melihat anak ibu membesar...dengan tangan ibu sendiri..

Friday, December 4, 2009

HARGAI LAH DIA....

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.
Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.

Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan

Wednesday, December 2, 2009

KATA HATI KU...

Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini (saifulislam.com)

TAHAP TOLERANSI
“Hmm… ana menimbang-nimbang permasalahan yang sampai ke pengetahuan. Rasanya, kebanyakan kita mempunyai tahap toleransi sekadar lima tahun sahaja. Selepas lima tahun, mula berantakan, bermasam muka, tak bertegur sapa, malah membelakangkan semua hasil mahsul Tarbiyah hingga tergamak bermain kayu tiga,” saya memulakan kisah.
“Berat tu, ustaz. Apa penyelesaiannya?” Nasir kelihatan sedikit resah.
“Tidak semudah itu untuk memberi penyelesaian. Tetapi sekurang-kurangnya ustaz boleh cadangkan satu petua penting” saya menambah.
“Apa dia?” beliau bertanya.
“Kurangkan SEPATUTNYA di dalam hidup ini!” saya cuba membuat rumusan yang mudah saya dan Nasir ingat tatkala melayari kehidupan berumahtangga.
Mungkin pelik bunyinya.
Memang SEPATUTNYA adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita menetapkan matlamat, tetapi ia juga boleh menjadi racun yang memusnahkan kehidupan berumahtangga tatkala SEPATUTNYA menjadi sesuatu yang dipertahankan melebihi APA YANG PATUT.
“Sepatutnya, awak sebagai isteri kenalah…” ayat ini boleh dituturkan oleh sang suami dari pagi ke pagi.
“Awak sebagai suami, sepatutnya…” balas si isteri pula.
Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan. Jika di dalam Bahasa Inggeris, SEPATUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION. Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.
PEMIKIRAN IDEAL
Semasa mula berumahtangga, dengan pemikiran yang ideal tentang Bait Muslim, kita merancang pelbagai benda.
Misalnya, si isteri bercita-cita untuk si suami menjadi Imam Mithali dalam sebuah rumahtangga. Mengimamkan solat, memberi tazkirah dan membacakan hadith kepadanya setiap hari dan pelbagai impian yang indah lagi sempurna.
Bukan sahaja dalam soal ibadah dan amalan Islam di dalam rumahtangga, si isteri juga mahu suaminya menjadi seorang menantu yang diidam-idamkan oleh ibu bapanya. Menantu yang boleh diharap, yang pandai mengambil hati mertua dan terpercik pujian kepadanya kerana bijak menemukan calon suami yang begitu.
Itulah impiannya.
Impian yang kemudiannya mula memberanakkan pelbagai SEPATUTNYA di sepanjang pelayaran rumahtangga.
Suami pun sama juga.
Beliau mengidamkan sebuah kehidupan yang teratur, tidak perlu lagi bersusah payah ke dapur seperti di alam bujang yang serba kurang. Isteri dikahwini dengan 1001 harapan agar dapat berperanan dengan cemerlang, malah bayangan ibunya sendiri yang bermujahadah membesarkan beliau dan seisi keluarga menjadi kayu ukur untuk menilai pencapaian isteri yang dinikahinya itu.
Harapan.
Tempat kelahiran banyak SEPATUTNYA apabila satu demi satu harapan itu tidak kesampaian.
“Tapi ustaz, bukankah SEPATUTNYA itu perlu supaya kita boleh muhasabah tahap masing-masing?” soal Nasir kepada saya.
“Betul. Namun jika kita bercakap tentang soal survival rumahtangga, SEPATUTNYA itu juga memerlukan muhasabah yang khusus. Periksa balik dari semasa ke semasa, mungkin ada beberapa SEPATUTNYA yang perlu kita uzurkan. Terutamanya suami” saya menambah.
“Misalnya?” Nasir tidak puas hati.
KISAH TELADAN
“Macam yang anta katakan tadi, anta mengharapkan agar isteri anta menjadi menantu yang baik kepada ibu bapa anta. Namun selepas lima tahun berumahtangga, isteri anta masih tidak mesra dengan mertuanya. Tetapi dia masih seorang isteri yang baik. Bincangkanlah hal ini dengan isteri. Ruang untuk beliau membuat perubahan, memerlukan anta untuk mengundurkan beberapa SEPATUTNYA. Kalau anta masih mahu mempertahankan expectation di awal perkahwinan dahulu, takut-takut yang dikejar tidak dapat ketika yang dikendong berciciran. Reality check, kata orang kampung ana!” saya menyambung lagi.
“Hmm. Takut saya. Ustaz sendiri masa baru-baru kahwin macam mana ustaz amalkan bab SEPATUTNYA ini?” soal beliau.
“Di awal perkahwinan, kami tinggal berjauhan. Ana di Belfast dan isteri di Galway, kemudiannya Letterkenny. SEPATUTNYA selepas kahwin kami dapat bersama sepuas-puasnya, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Malah selepas mendapat tahu yang isteri mengandung, SEPATUTNYA ana yang turun ke Galway atau naik ke Letterkenny melawat isteri. Tetapi hujung minggu adalah kemuncak kesibukan ana. Maka Ummu Saif yang turun naik bas pergi ke Belfast dalam keadaan sarat mengandung. Apa nak buat?” saya membuka cerita.
“Tahan ke?” Nasir seakan-akan tidak yakin.
“Kami berkahwin semasa usia lebih kurang anta dan bakal isteri. Tidak sampai seminggu selepas akad nikah, Ummu Saif sudah memulakan rotation beliau sebagai doktor junior yang menjalani tempoh housemanship yang sangat menekan. Kerja separuh mati, balik rumah sudah tidak punya sisa tenaga untuk buat apa-apa. Sebagai suami, ana ada banyak SEPATUTNYA yang boleh ditimbulkan. Tetapi menyedari akan realiti, banyak SEPATUTNYA yang ana buang” saya mengimbau kisah lama.
“Misalnya?” soal Nasir.
“Ana kemas rumah, ana masak dan bawa makanan ke hospital. Dan jika dua-dua sudah terlalu letih untuk balik, kami bermalam sahaja di Doctor Rest yang sempit itu. Esok paginya ana bawa bekas-bekas makanan kotor itu balik ke rumah untuk dibasuh. Cuba untuk bahagia dengan keterbatasan yang ada,” saya berkongsi kisah dengan bakal suami doktor yang seorang ini.
“Sampai bila proses membuang SEPATUTNYA itu perlu dibuat?” Nasir cemas.
“Sampai MATI. Sampai terkambus di liang lahad!” saya menjawab ringkas.
“Suami sahaja?” Nasir gelisah.
PERAWAN MANJA
“Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? Manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?” saya cuba menyuntik semangat.
“Beratnya jadi suami. Mesti mampu sabar sampai ke mati!” ulas Nasir. Pendek.
“Sabar itu di permulaan sahaja. Insya Allah ia akan naik taraf menjadi redha” saya menokok.
“Susah saya nak bayangkan macam mana suami sabar dan redha sampai ke kubur” Nasir jujur memberitahu.
“Sebab itu ramai anak menjadi pening melayan ibu yang tua selepas kematian ayah!” saya terkenang kisah seorang teman.
“Kenapa?” Nasir tidak faham.
“Hebatnya seorang suami dan ayah, dia mengundurkan banyak SEPATUTNYA hingga dibawa ke kubur. Tolak ansur ayah itu menjadi pakaian yang menghijab kekurangan si isteri yang juga ibu kepada anak-anak mereka berdua. Apabila ayah sudah tiada, barulah kelemahan-kelemahan si ibu muncul menjadi ‘perangai’ yang meletihkan anak-anak. Lepas ayah mati, baru nampak rupa emak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.” saya mencukupkan penjelasan.
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka” [al-Baqarah 2: 186]
Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.
“Inikah maksudnya ERTI HIDUP PADA MEMBERI bagi seorang suami, ustaz?” tanya Nasir.
“Ya. Ia bukan slogan. Tetapi sumber kekuatan diri,” saya menyetujui beliau.
“Dari manakah kekuatan itu mahu dicari?” Nasir melangsaikan pertanyaan.
“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia” saya selesai berkongsi pandangan.
“Ustaz rasa saya mampu?” Nasir menoleh ke arah saya.
“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” saya tersenyum.
Kami sama-sama sepi.
Merenung hutan belantara yang luas terbentang di kiri dan kanan lebuh raya. Hutan tebal yang menyembunyikan 1001 isi dan rahsia, seperti sebuah perjalanan rumahtangga yang tidak diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari muka.



KATA HATI KU...

sangat bersetuju dengan artikel ni but...sebagai suami dan isteri...masing2 kena faham tanggungjawab masing2...dan adakalanya, fitrah wanita...ingin bermanja terutamanya dengan suami sendiri tidak dapat dielakkan...dan, para suami pula seolah-olah melupakan peranannya sebagai suami apabila sudah mendapat peranan baru sebagai ayah...apatah lagi, untuk kehidupan suami isteri yang duduk berjauhan...kenapa dahulunya, merajuk si wanita itu...terasa ingin dipeluk2nya...terasa ingin menggenggam jarinya sambil melafazkan kata2 maaf kerana telah melukakan hatinya...terasa ingin berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu...tetapi, sekarang...sesudah sah halal menjadi isteri...peluk,cium,berpegang tangan seolah2 perkara yang perlu dijauhi...aku merasakan, perkara ini di lalui hampir kesemua suami dan isteri di dunia ini... bukan SEPATUTNYA yang diharapkan...kerana TOLERANSI itu masih ada...tapi, persoalan timbul adalah..KEMANA PERGINYA 'SUAMIKU' YANG DAHULU?...aku juga tahu...tiada insan yang sempurna di dunia ALLAH ini namun TIDAK KASIHANKAH PADA ISTERI MU... tak terdetikkah di hatimu entah apa kesusahan, kesedihan, kepayahan yang dilaluinya sepanjang ketiadaanmu...ketidakhadiran dirimu sebagai seorang suami yang peranannya untuk melindungi isterimu..berkongsi segalanya...isteri ini faham dan mengerti situasi mu..situasi kita...dan kerana itu lah tidak selalu ditimbulkan SEPATUTNYA...namun, aku hanya manusia biasa....kadangkala teringin rasa dibalas atas 'rela' ku mengenepikan SEPATUTNYA itu...dan balasan itu, bukan ku harapkan intan permata..percutian ke sana sini...atau jambangan bunga mawar...aku hanya harapkan, datangi lah aku...peluk lah aku...sayangilah aku...peganglah tanganku...kerana aku isteri mu...

Friday, November 13, 2009

X PERNAH MENCUBA....

cuba kau dengar...cuba kau cuba..
diam bila ku cuba...tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada...bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara...setia ku mendengar...agar tenang kau merasa
Siapa sebenarnya aku padamu...mungkin sama dengan teman lain...yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain...kau pulang tuk dapatkan aku...itulah aku...padamu...
Cuba kau lihat...cuba kau cuba
renung ke mata aku...bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada...bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
Dan bila kau perlu...setia ku menunggu...agar senang kau merasa
Siapa sebenarnya aku padamu...mungkin sama dengan teman lain...yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain...kau pulang tuk dapatkan aku...itulah aku…
Maafkan kerana aku tak pernah terlintas tuk menulis pada mu...salahkah ku...tak mungkin lagi aku meminta, untuk kau mendengar..untuk kau melihat ke mataku...